Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2020 Online Darul Quran JAKIM

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2020 Online Darul Quran JAKIM. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 yang berminat melanjutkan pengajian dalam program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat. Untuk makluman menerusi laman Darul Quran JAKIM mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk membuat permohonan kemasukan ke Darul Quran JAKIM dalam program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ambilan 2020. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Darul Quran JAKIM bermula pada bulan Februari 2020.

Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2020/2023 Darul Quran JAKIM

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Darul Quran bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Sistem Pengajian Darul Quran

Pengajian dijalankan mengikut sistem semester selama 3 tahun (6 semester). Pelajar akan dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang profesional dan berpengalaman. Kursus-kursus elektif yang terdapat dalam program ini ialah:

i. Kursus Elektif Qiraat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, MTQN Pahang, IQSA Melaka, MTQN (MAIK) Kelantan, MTQN Perak, IQDAR Kedah, ITQAN Negeri Sembilan, MTQ Addin Perak dan ITQAS Sabah).

ii. Kursus Elektif Syariah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM dan MTQN Pahang)
Kursus Elektif Dakwah (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, ITQAN Negeri Sembilan, INSPI Terengganu, IKMAS Sarawak)

iii. Kursus Elektif Hadith (ditawarkan di Darul Quran JAKIM

iv. Kursus Elektif Muamalat (ditawarkan di Darul Quran JAKIM)

v. Kursus Elektif Pengurusan Halal (ditawarkan di Darul Quran JAKIM, IQSA Melaka

Syarat-Syarat Kelayakan Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat

Antara syarat-syarat kemasukan ke Darul Quran dalam program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat iaitu :

a. Berumur tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin.

b. Lulus SPM dengan syarat minimum Gred ā€˜Cā€™ dalam mata pelajaran berikut:
(i) Bahasa Melayu
(ii) Bahasa Arab
(iii) Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam.

c. LULUS Bahasa Inggeris

d. LULUS Ujian Bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)

e. LULUS Temuduga

f. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
ATAU

g. Kelayakan khas yang diberikan kepada pelajar Orang Kelainan Upaya Masalah Penglihatan (OKUMP) di Darul Quran adalah seperti berikut:

(i) Lulus matapelajaran Bahasa Arab dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya mendapat Gred ā€˜Cā€™ sebelum tamat pengajian diploma / graduasi; dan

(ii) Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Maqbul dalam Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran / Sijil Tahfiz al-Quran Darul Quran bagi OKUMP.

Temuduga

Calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Biasiswa

Biasiswa / Bantuan Pendidikan akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan.

*Tertakluk kepada penawaran dari Institusi

Cara Permohonan Diploma Tahfiz Al-Quran 2020/2023 Online

Permohonan kemasukan ke Darul Quran boleh diisi secara atas talian (online) di laman web http://www.darulquran.gov.my/.

Nota :

i. Makluman Semakan Layak Temuduga
Sila semak senarai nama secara atas talian menerusi laman sesawang http://www.darulquran.gov.my dan bawa borang permohonan yang telah dicetak semasa temuduga.

ii. Calon-calon yang tidak menerima apa-apa makluman selepas 03 Mei 2019 adalah dianggap tidak berjaya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Darul Quran JAKIM:

Telefon : 03-6063 5333 / 5349 / 5323 / 5374
Faks : 03-6064 5497 / 03- 6064 2936

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Darul Quran ambilan 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: