Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 (Biasiswa JPA)

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 (Biasiswa JPA). Anda ingin memohon biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)? Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2018 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40. Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi JPA mulai 1 Julai sehingga 14 Julai 2019.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 (Biasiswa JPA)

Pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga berpendapatan rendah untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya bidang TVET dan sijil profesional yang mempunyai prospek tinggi kepada Industri. Bagi tahun 2019, penajaan adalah melibatkan pengajian yang ditawarkan oleh Universiti Awam, Politeknik, Institut Kemahiran Awam, UniKL Malaysia Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT), UniKL Malaysia Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET), Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) dan universiti bertaraf Government Linked Universities (GLU) iaitu Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU).

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 (Biasiswa JPA)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Dermasiswa B40 termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang tajaan dan cara permohonan :

Syarat Dermasiswa B40 2019 Terkini

Syarat-Syarat Umum
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah Pendidikan, Kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA, LINUX dan CLP.

Cara Permohonan Biasiswa Dermasiswa B40 2019

  1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
    http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.
  2. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Keputusan Program Dermasiswa B40 2019

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam laman sesawang eSILA.

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam
4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Semoga permohonan anda berjaya!

Leave a Reply

%d bloggers like this: