Permohonan DPLI UM 2023 Universiti Malaya. Anda berminat menjadi warga pendidik? Berita baik buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang ingin menjadi guru. Jika sebelum ini permohonan kemasukan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaysia telah dimansuhkan disebabkan lambakan guru lepasan ijazah sarjana muda pendidikan yang masih belum mendapat tempat. Kini bagi pemohon Ijazah Sarjana Muda boleh membuat permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan September 2020 bermula 15 Februari sehingga 15 April 2020.

Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah merupakan satu program yang ditawarkan kepada calon yang ingin menjadi guru bagi lepasan siswazah yang memiliki segulung ijazah sarjana muda. Program DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) yang dikhususkan kepada pelajar lepasan SPM yang ingin menjadi guru.
Permohonan DPLI UM 2023 Universiti Malaya
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke Universiti Malaya dalam program DPLI termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang program dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan : –
Syarat Kelayakan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
Antara syarat-syarat kelayakan permohonan program DPLI adalah seperti berikut :
- Warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 35 tahun.
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
- Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
- Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
- Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
- Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
- Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.
Bidang Program DPLI Yang Ditawarkan
Antara bidang-bidang program yang ditawarkan dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah iaitu :
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Bahasa Cina
d. Bahasa Tamil
e. Matematik
f. Pendidikan Islam
g. Sains
h. Pendidikan Pra Sekolah
i. Pendidikan Seni Visual
j. Kemahiran Hidup
k. Pendidikan Jasmani
m. Pengajian Sosial
n. Pendidikan Muzik
Cara Permohonan Program DPLI UM Online
1. Calon boleh buat permohonan DPLI secara atas talian di laman web https://pgadmission.um.edu.my/.
2. Sebelum itu, daftar akaun dahulu dengan klik ‘create new account’.
3. Setelah itu, log in semula selepas akaun didaftarkan berjaya.
4. Lengkapkan maklumat diri anda dalam borang permohonan.
5. Jika semua maklumat lengkap telah diisi, sila tanda kan setuju kepada message ‘Tick here if you read through and agreed with the above terms and conditions‘.
Nota : RM50 akan dikenakan untuk proses permohonan.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi di talian :
- No. Tel : 03 – 7967 5103
- Emel : dppum2um.edu.my
bila ada kemasukan?