Panduan Pendaftaran Peperiksaan STPM 2024 Online (Semua Jenis Calon). Adakah anda pelajar yang sedang melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam? Panduan buat anda yang ingin membuat pendaftaran calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2024. Untuk makluman, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan pendaftaran peperiksaan SPTM tahun 2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula daripada 1 Ogos hingga 30 Ogos 2023 melalui portal MPM. Pendaftaran peperiksaan STPM ini dibuka bagi calon sekolah kerajaan/ institusi, sekolah swasta dan persendirian individu.
Panduan Pendaftaran Peperiksaan STPM 2024 Online (Semua Jenis Calon)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran STPM termasuk tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan: 1 Ogos – 30 Ogos 2023
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau ringkasnya STPM adalah merupakan peperiksaan prauniversiti yang diiktiraf oleh banyak universiti di peringkat antarabangsa terutamanya Universiti di negara-negara Komanwel dan Amerika Syarikat. STPM juga dikelolakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia yang juga menyediakan Malaysian University English Test (MUET).
Syarat Kelayakan Untuk Menduduki Peperiksaan STPM 2024
A. Calon Sekolah Kerajaan
(a) Lulus Bahasa Melayu* SPM gred P8 tahun 1999 atau tahun-tahun sebelumnya
(b) Lulus Bahasa Melayu* SPM dengan sekurang-kurangnya gred E tahun 2000 hingga 2012
(c) Lulus SPM tahun 2013 hingga tahun semasa dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E dalam mata pelajaran Bahasa Melayu* dan Sejarah*
(d) International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) iaitu sekurang-kurangnya gred C bagi tiga mata pelajaran, atau sekurang-kurangnya gred C bagi dua mata pelajaran dan lulus sekurang-kurangnya gred G empat mata pelajaran
(e) GCE/SAP (Malaysia atau Cambridge dengan tiga kelulusan peringkat biasa** yang
diperoleh dalam satu peperiksaan)
B. Calon Sekolah Swasta/ Persendirian
Bagi calon swasta atau persendirian individu, bukti kelulusan SPM di atas akan disemak oleh
Majlis Peperiksaan Malaysia. Sekiranya, tidak menepati kelayakan, pendaftaran calon akan dibatalkan
Kadar Bayaran Peperiksaan STPM 2024
○ Bayaran asas : RM120.00
○ Bayaran setiap mata pelajaran : RM90.00
○ Caj mengulang peperiksaan bertulis per kertas : RM50.00
NOTA:
1. Calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan (calon jenis 1, 7, dan 8) dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan (Bayaran asas dan bayaran setiap mata pelajaran).
2. Bagi calon sekolah swasta (calon jenis 2) dan calon persendirian individu (calon jenis 3), bayaran perlu dibuat dengan cara membeli nombor PIN MEC daripada kaunter atau kiosk Bank Simpanan Nasional (BSN) atau secara perbankan internet.
Cara Daftar Peperiksaan STPM 2024 Online
A. Bagi Calon Sekolah/Institusi
(a) Bagi calon sekolah/institusi pendaftaran perlu dibuat secara online melalui portal https://online.mpm.edu.my
(b) Pendaftaran calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk menduduki peperiksaan pada semester 1, semester 2, dan semester 3 dibuat sekaligus pada semester 1. Calon sekolah kerajaan akan menduduki peperiksaan pada penggal yang ditetapkan dan tidak dibenarkan untuk memilih penggal bagi tujuan menduduki peperiksaan kecuali disebabkan kes-kes tertentu yang mendapat kebenaran daripada MPM.
(c) Pendaftaran bagi calon sekolah swasta boleh dibuat pada semester 1 atau semester 2. Calon sekolah swasta boleh memilih untuk mendaftar pada semester 1 atau semester 2 dan memilih untuk menduduki peperiksaan sama ada ingin menduduki peperiksaan pada semester semasa atau memilih untuk menduduki peperiksaan sekaligus pada semester 3.
(d) Pihak sekolah/institusi perlu mendapatkan Nama Pengguna dan Kata Laluan daripada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri untuk masuk ke dalam sistem pendaftaran online ini. SUP Sekolah atau institusi dinasihatkan untuk memuat turun/mencetak Manual Sekolah dalam http://www.mpm.edu.my yang terpapar pada ikon sekolah untuk rujukan sebelum memulakan aplikasi sistem pendaftaran online tersebut.
B. Bagi Calon Persendirian individu
(a) Bagi calon persendirian individu pula pendaftaran hendaklah dibuat secara online melalui portal https://online.mpm.edu.my
(b) Pendaftaran bagi calon persendirian individu boleh dibuat pada semester 1 atau semester 2. Calon persendirian individu boleh memilih untuk mendaftar pada semester 1 atau semester 2 dan memilih untuk menduduki peperiksaan sama ada ingin menduduki peperiksaan pada penggal semasa atau memilih untuk menduduki peperiksaan sekaligus pada semester 3.
(c) Calon persendirian individu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat tentang pendaftaran peperiksaan melalui portal MPM dan merujuk kepada Manual Calon Persendirian Individu.
(d) Calon boleh memilih pusat peperiksaan yang dikehendaki semasa membuat pendaftaran secara online tetapi penentuan pusat adalah tertakluk kepada Ketua Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Nota : Untuk dapatkan informasi lanjut tentang pendaftaran calon STPM, calon boleh muat turun menerusi PDF di PANDUAN STPM.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila emel ke stpm@mpm.edu.my.
BACA JUGA: Jadual Peperiksaan STPM
Assalamualaikum, saya lepasan SPM 2017 dan saya tak dapat sambung tingkatan 6 kerana masalah peribadi, adakah saya perlu mendaftar sebagai calon STPM 2020 atau sebagai calon STPM 2021?.
Assalamualaikum,Berapakah had umur utk ambil peperiksaan stpm??berapa had minimum subjek yg perlu diambil utk calob persendirian??
18 umur