Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 Yayasan YTL

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 Yayasan YTL. Berita baik buat pelajar sekolah yang ingin belajar di rumah tetapi tidak mempunyai peranti mudah alih. Untuk makluman, Yayasan YTL dengan kerjasama YES dan FrogAsia menawarkan telefon pintar percuma bersama kad SIM prabayar 4G YES kepada pelajar-pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar atau peranti mudah alih untuk sesi pembelajaran di rumah. Para guru boleh mengesyorkan nama pelajar yang layak dipilih untuk mendapatkan smartphone percuma tersebut.

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 Yayasan YTL

Selain pemberian bantuan telefon pintar, tambahan kepada kad SIM YES 4G dilengkapi dengan data 40 GB selain sumber pembelajaran yang turut diberikan kepada pelajar sekolah terbabit. Setiap telefon pintar terbabit akan dilengkapi dengan kad SIM prabayar YES 4G dan pelan data sebanyak 120 GB iaitu 10GB sebulan selama setahun. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web rasmi YTL Foundation.

Cara Pendaftaran Telefon Pintar Percuma Untuk Pelajar Sekolah B40 Yayasan YTL

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran telefon pintar percuma dari Yayasan YTL termasuk syarat kelayakan dan cara permohonan :

Maklumat Bantuan Telefon Pintar Percuma Yayasan YTL

a. Untuk Semua – Akses kepada pembelajaran dan kuiz ulangkaji di tab ‘Sumber Pembelajaran’
b. Untuk Ibubapa – Mohon data 40GB percuma di tab “‘Pelan Data Percuma’
c. Untuk Guru – Calonkan pelajar dari keluarga B40 di tab ‘Para Guru’

Syarat Kelayakan Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL

Sebelum mencalonkan murid, sila pastikan murid adalah daripada keluarga B40:

1. Dapatkan kebenaran daripada ibubapa murid yang hendak dicalonkan dan kumpulkan maklumat berikut:
i. Nombor MyKid/MyKad murid
ii. Nombor MyKad Ibubapa
iii. Status B40 ibubapa daripada portal Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

2. Untuk mendapatkan status B40 ibubapa, sila pergi ke https://bpn.hasil.gov.my/, masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’.

3. Untuk mengesahkan bahawa murid tergolong dalam keluarga B40, status penerimaan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) ibubapa haruslah tertera sebagai LULUS dengan jumlah bantuan bernilai RM1,600.

KLIK 👉 NAMAKAN DISINI

Cara Permohonan dan Pendaftaran Telefon Pintar Percuma

Sebelum mengisi borang pencalonan, anda memerlukan maklumat seperti nombor MyKad, Nama dan Nombor MyKad/MyKid Murid dan Nama dan Nombor MyKad Ibu/Bapa.

  1. Nama kan pelajar yang memerlukan bantuan. Isikan butiran peribadi anda, pelajar yang terpilih beserta ibu bapa pelajar. Untuk isi maklumat boleh dibuat secara online di laman web https://ytlfoundation.org/belajardarirumah/
  2. Borang dilengkapkan oleh ibu bapa. Sekiranya sah, ibu bapa akan menerima notifications emel untuk melengkapkan proses permohonan termasuk memuat naik borang B40 mereka.
  3. Penghantaran telefon bimbit percuma dengan data 120GB kepada pelajar yang dinamakan. Sekiranya permohonan berjaya, guru dan ibubapa akan menerima emel berkenaan penghantaran.

Nota : Untuk dapatkan soalan lazim tentang bantuan ini sila rujuk FAQ.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

YTL Foundation (421570-A)
Level 32, Menara YTL,
205, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
ytlfoundation@ytl.com.my
Tel: +603 2038 0888
Fax: +603 2038 0388

BACA JUGA :

Sumber

One Response

  1. ThreenaA/P Alagiri January 22, 2021

Leave a Reply