Permohonan Program GENIUS Negara KPM 2020 (Semak Keputusan)

Permohonan Program GENIUS Negara KPM 2020 (Semak Keputusan). Panduan buat ibu bapa yang ingin menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak Genius Negara. Untuk makluman, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak Genius Negara (PAGN) bagi anak-anak berumur 4 tahun ke bawah. Permohonan boleh dibuat secara online dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi KPM sehingga 30 September 2020.

Permohonan Program GENIUS Negara KPM 2020 (Semak Keputusan)

Program GENIUS Negara adalah satu program daripada Kementerian Pendidikan Malaysia yang diwujudkan sebagai program asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun. Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka yang menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami.

Permohonan Program GENIUS Negara KPM 2020 (Semak Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program GENIUS Negara termasuk memaparkan syarat kelayakan, keistimewaan dan aplikasi permohonan :

Keistimewaan Program GENIUS Negara

Antara keistimewaan dalam Program GENIUS Negara adalah iaitu :

  • Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Menggunakan kokurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting and Experiencing).

Syarat Kemasukan Program GENIUS Negara

Antara syarat-syarat kemasukan ke Program GENIUS Negara di Pusat Anak Genius Negara adalah :

  • Warganegara Malaysia (anak).
  • Berumur 4 tahun ke bawah.
  • Keutamaan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.
Permohonan Program GENIUS Negara KPM 2020 (Semak Keputusan)
Foto Kredit : KPM

Cara Mohon Program GENIUS Negara

Bagi ibu bapa dan anak-anak yang menepati syarat-syarat boleh membuat permohonan menerusi laman web KPM https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/lain-lain/genius/3518-borang-permohonan-anak-genius-negara-v2/

Muat turun tiga dokumen utama iaitu borang permohonan Anak GENIUS Negara, senarai semak pengambilan baharu dan senarai PAGN.

SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN

Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah disertakan dengan beberapa salinan dokumen iaitu:

  • Salinan surat beranak
  • Salinan Mykid anak.
  • Salinan rekod kesihatan anak (muka hadapan dan rekod vaksin).
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga yang disahkan.
  • Salinan pendapatan ibu bapa/penjaga yang disahkan.
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga yang disahkan.

Semakan Keputusan Program GENIUS Negara

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan oleh KPM pada bulan November 2020.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang Program GENIUS Negara, sila menghubungi Bahagian GENIUS, KPM di talian 03-8880 5151 atau layari laman web KPM https://www.moe.gov.my/.

Sumber : MOE

Leave a Reply