Permohonan Program Khas JPA-MARA 2025 PKJM Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Khas JPA-MARA 2025 PKJM Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh keputusan cemerlang. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula daripada 28 April sehingga 11 Mei 2025.

Permohonan Program Khas JPA-MARA 2024 PKJM Online (Semakan Keputusan)

Program Khas JPA-MARA tahun 2024 merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand, United Kingdom serta Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T), pengajian berteraskan perdagangan dan sains sosial. Program ini terdiri daripada lima (5) sub program iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand, Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP), Program Akademik United Kingdom dan Program Akademik Amerika Syarikat.

Permohonan Program Khas JPA-MARA 2025 PKJM Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Khas JPA-MARA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Penting Permohonan PKJM 2025

  • Tarikh Permohonan: 28 April – 11 Mei 2025
  • Pengisian UKPP & IBK:
  • Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC):
  • SAC:
  • Keputusan:

Syarat Kelayakan Program Khas JPA-MARA 2025

A. Syarat Umum

i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2023;
iv. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
v. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam;
vi. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Nota : Untuk dapatkan maklumat tentang syarat khusus dalam program terpilih boleh merujuk di SINI.

Senarai Program Khas JPA MARA (PKJM)

A. Program Akademik Jepun

Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Pusat Bahasa Teikyo (PBT).

B. Program Berkembar New Zealand

Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zealand Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat ijazah pertama selama 2 tahun di KYSBS dan 2 tahun di New Zealand.

C. Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)

Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di Malaysia Japan Industrial Institute (MJII) selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.

D. Program Akademik Amerika Syarikat

Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan serta sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan QS atau THE World University Rankings. Pelajar akan mengikuti program persediaan di International Education Centre (INTEC) UiTM, Shah Alam.

E. Program Akademik United Kingdom

Program Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) serta bidang ekonomi. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di United Kingdom berdasarkan QS atau THE World University Rankings. Pelajar akan mengikuti program persediaan di Kolej Teknologi Timur (KTT), Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Cara Permohonan Program Khas JPA-MARA Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman web https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PKJM

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

3. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) dan Indeks Bimbingan Kerjaya (IBK) yang akan dibuka mulai 28 April 2025 (Isnin), 2.00 petang hingga 11 Mei 2025 (Ahad), 5.00 petang melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP & IBK dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA-MARA Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar, menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA. Program SAC dijadualkan berlangsung mulai 10 hingga 12 Jun 2025 mengikut zon pusat temuduga.

Semakan Keputusan Program Khas JPA-MARA 2025

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA dijangka akan diumumkan pada minggu kedua Julai 2025 melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi JPA di talian 03-88853297 atau e-mel ke lepasanspm2025@jpa.gov.my

BACA JUGA: Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT

Leave a Reply