Permohonan Program Khas JPA-MARA 2023 PKJM Online (Semakan Keputusan). Berita baik buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang memperoleh keputusan cemerlang. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2022 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) bermula daripada 12 Jun sehingga 16 Jun 2023.

Program Khas JPA-MARA tahun 2023 merupakan penajaan kepada 330 pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2022 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di negara Jepun dan New Zealand, United Kingdom serta Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T), pengajian berteraskan perdagangan dan sains sosial. Program ini terdiri daripada lima (5) sub program iaitu Program Akademik Jepun, Program Berkembar New Zealand, Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP), Program Akademik United Kingdom dan Program Akademik Amerika Syarikat.
Permohonan Program Khas JPA-MARA 2023 PKJM Online (Semakan Keputusan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Khas JPA-MARA termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Penting Permohonan PKJM 2023
- Tarikh Permohonan: 12 Jun – 16 Jun 2023
- Ujian Psikometrik: 12 Jun – 16 Jun 2023
- Semakan Panggilan Student Assessment Centre (SAC): 4 Julai – 9 Julai 2023
- SAC: 10 Julai – 14 Julai 2023
- Keputusan: 4 Ogos 2023
Syarat Kelayakan Program Khas JPA-MARA 2023
A. Syarat Umum
i. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia;
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2022;
iv. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
v. Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam;
vi. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.
Nota : Untuk dapatkan maklumat tentang syarat khusus dalam program terpilih boleh merujuk di SINI.
Senarai Program Khas JPA MARA (PKJM)
A. Program Akademik Jepun
Program Akademik Jepun (PAJ) merupakan program penajaan ke Jepun dalam bidang kejuruteraan, sains sosial dan sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti-universiti di Jepun. Pelajar akan mengikuti program persediaan di kolej Ambang Asuhan Jepun (AAJ) dan Pusat Bahasa Teikyo (PBT).
B. Program Berkembar New Zealand
Program Berkembar New Zealand merupakan program kolaborasi antara Kolej Yayasan Saad Business School (KYSBS) dan New Zealand Consortium Universities – University of Auckland, Victoria University of Wellington dan University of Canterbury. Program ini melibatkan pengajian peringkat ijazah pertama selama 2 tahun di KYSBS dan 2 tahun di New Zealand.
C. Program Malaysia Japan Higher Education Programme (MJHEP)
Program ini merupakan program kolaborasi antara UniKL dan Konsortium universiti di Jepun yang telah mendapat pengiktirafan dari Japan Accreditation Board for Engineering Education (JABEE). Program ini melibatkan pengajian peringkat diploma kejuruteraan di Malaysia Japan Industrial Institute (MJII) selama tiga (3) tahun dan seterusnya pelajar melanjutkan pengajian di Jepun selama dua (2) tahun di peringkat ijazah pertama.
D. Program Akademik Amerika Syarikat
Program Akademik Amerika Syarikat merupakan program penajaan ke Amerika Syarikat dalam bidang kejuruteraan serta sains dan teknologi (S&T). Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di Amerika Syarikat berdasarkan QS atau THE World University Rankings. Pelajar akan mengikuti program persediaan di International Education Centre (INTEC) UiTM, Shah Alam.
E. Program Akademik United Kingdom
Program Akademik United Kingdom merupakan program penajaan ke United Kingdom dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) serta bidang ekonomi. Pelajar akan ditindik bagi mengikuti program persediaan khas sebelum melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di 100 universiti terbaik di United Kingdom berdasarkan QS atau THE World University Rankings. Pelajar akan mengikuti program persediaan di Kolej Teknologi Timur (KTT), Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Cara Permohonan Program Khas JPA-MARA Online
1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman web https://www.mara.gov.my/.
2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
3. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun hingga 16 Jun 2023 melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian psikometrik adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
4. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.
STUDENT ASSESSMENT CENTRE (SAC)
Program SAC dijadualkan berlangsung secara fizikal mulai 10 hingga 14 Julai 2023 mengikut zon pusat temuduga. Calon yang melepasi syarat sahaja akan dipanggil untuk menghadiri SAC. Tujuan SAC adalah bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Semakan Keputusan Program Khas JPA-MARA 2023
Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA dijangka akan diumumkan pada 4 Ogos 2023 melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi JPA di talian 03-88853297 atau e-mel ke lepasanspm2023@jpa.gov.my
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT