Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025

Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025. Panduan buat lepasan SPM tahun 2024 yang bercita-cita sebagai doktor, doktor gigi atau ahli farmasi. Untuk makluman, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa kepada pelajar lepasan SPM 2024 untuk memohon Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi (PPF2) tahun 2025 bagi menyambung pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi di dalam negara. Permohonan ini boleh dibuat secara online bermula pada 28 April hingga 11 Mei 2025 di laman web https://penajaan.jpa.gov.my.

Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025

Penajaan di bawah Program Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025 (PPF2) ini adalah adalah untuk memberi penajaan khusus kepada pelajar bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi mengambil kira ketiga-tiga bidang ini adalah bidang kritikal yang memberi kesan kepada penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Syarat Kelayakan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi

Antara syarat-syarat kelayakan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi iaitu;

a. Warganegara Malaysia.

b. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik/ berjangkit/ penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian;

c. Ibu dan/ atau bapa dan/atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;

d. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan/ tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;

e. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian;

f. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;

g. Keutamaan diberikan kepada calon daripada latar belakang keluarga dengan kategori pendapatan B40 dan M40.

Senarai Bidang Pengajian Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM

Program pengajian yang ditaja dengan Kod Pendidikan Nasional 2020 (NEC-2020) iaitu bidang Perubatan (0912), Pergigian (0911) dan Farmasi (0916) yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan telah diiktiraf oleh Badan Profesional berkaitan iaitu Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia dan Lembaga Farmasi Malaysia.

Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025

Cara Mohon Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM (PPF2) 2025

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online melalui pautan https://penajaan.jpa.gov.my/pengumuman-tawaran-terkini/pengumuman-pelajar/permohonan-bagi-program-khas-perubatan,-pergigian-dan-farmasi-lepasan-spm-ppf2-tahun-2025.html

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan
Persekutuan (UKPP) melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan UKPP dan Slip Pengesahan Permohonan Program Khas Perubatan, Pergigian dan Farmasi Lepasan SPM Tahun 2025 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Sebarang keterangan lanjut sila emel ke lepasanspm2025@jpa.gov.my atau hubungi di talian 03-8885 3297.

Leave a Reply