Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online (PHD)

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online (PHD). Panduan buat pelajar yang ingin memohon biasiswa penuh bagi pengajian Doktor Falsafah (PHD). Untuk makluman, Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor menawarkan biasiswa penuh dalam Program Khas Selangor Brain Bank 2020 buat pengajian PHD di universiti terkemuka luar negara atau yang setaraf dengannya. Bagi anda yang berkelayakan boleh memohon Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online secara online di laman web Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor. Permohonan ini dibuka sepanjang tahun bermula daripada 31 Julai 2019.

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online (PHD)

Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020 Online (PHD)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program Khas Selangor Brain Bank termasuk memaparkan syarat kelayakan, bidang pengajian dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Program Khas Selangor Brain Bank

Antara syarat-syarat kelayakan permohonan Program Khas Selangor Brain Bank adalah iaitu :

  1. Pemohon dan ibu bapa merupakan
    warganegara Malaysia.
  2. Pemohon atau ibu atau bapa lahir di
    Selangor atau pemohon telah bermastautin di Selangor melebihi 5 tahun.
  3. Permohonan ini adalah terbuka kepada penjawat awam dan orang awam.
  4. Berumur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian.
  5. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Ijazah
    Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan
    dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau yang setaraf dengannya.
  6. Telah mendapat tempat pengajian di 50 universiti terkemuka luar negara dalam bidang yang dipohon (mengikut Ranking by Subject 2015 Times Higher Education atau QS World University Ranking).
  7. Mengikuti pengajian secara sepenuh
    masa.
  8. Telah mengambil ujian Bahasa Inggeris dengan markah minimum iaitu: IELTS (6.0)/ TOEFL (550).
  9. Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa.
  10. Keutamaan diberikan kepada calon
    yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.
  11. Pemohon hendaklah menyertakan
    salinan ’Research Proposal’ yang telah diterima oleh Universiti bersama-sama dengan borang permohonan. ’Research Proposal’ hendaklah menyumbang kepada pembangunan Negeri Selangor.
  12. Pemohon tidak menerima pembiayaan pengajian daripada mana-mana pihak lain.
  13. Sihat tubuh badan.
  14. Tidak mempunyai masalah keberhutangan serius atau muflis serta tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah.
  15. Tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi Kerajaan

BIDANG PENGAJIAN

A. Skop Smart Selangor

  1. Governance
  2. Energy And Utility
  3. Water Management
  4. Waste Management
  5. Building And Housing
  6. Transport And Mobility
  7. Safety And Security
  8. Healthcare
  9. Disaster Management
  10. Food And Agriculture
  11. Education

B. Bidang Berkaitan

  1. Human & Social Development
  2. Culture & Heritage
  3. Manufacturing
  4. Environment
  5. Business
  6. Retail
  7. Commercial
  8. Technology
  9. Communication
  10. Islamic Affairs

Cara Permohonan Program Khas Selangor Brain Bank 2020

a. Muat turun borang di portal Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor seperti berikut ;

PENJAWAT AWAM – SINI

ORANG AWAM – SINI

b. Lengkapkan semua dokumen dan hantar secara serahan tangan atau pos ke :

Urus Setia
Lembaga Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Negeri Selangor
Cawangan Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Tingkat 3, Bangunan SSAAS
40503 Shah Alam

c. Hanya permohonan yang LENGKAP akan diproses. Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil ke temuduga.

Nota: Untuk mengisi borang permohonan secara lengkap, anda boleh merujuk FAQ.

BACA JUGA : Senarai Biasiswa Doktor Falsafah (PHD)

Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa ini untuk pengajian peringkat Doktor Falsafah.

Leave a Reply