Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online (Semakan Keputusan). Anda sedang mengikuti pengajian dalam peringkat Bacelor? Berita baik buat anak jati Sarawak yang berminat untuk memohon biasiswa pelajaran. Untuk makluman, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon penajaan Biasiswa Kursi Tok Nan tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian bermula pada 20 Mac 2023 menerusi laman web www.btu.upm.edu.my.

Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Penajaan biasiswa Kursi Tok Nan merupakan satu inisiatif penubuhan Kursi Tok Nan antara UPM Kampus Bintulu dan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dalam usaha untuk membantu dana pengajian anak tempatan dalam bidang Sains Sosial dan Kemanusian.

Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Kursi Tok Nan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Syarat Kelayakan Biasiswa Kursi Tok Nan

Antara syarat-syarat kelayakan Biasiswa Kursi Tok Nan adalah seperti berikut:

a. Anak Jati Sarawak (Sama ada ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali anak kelahiran Sarawak).

b. Pemohon, ibu dan bapa mestilah warganegara Malaysia.

c. Mempunyai keputusan yang cemerlang iaitu minimum PNGK 3.50 ke atas.

d. Hanya pemohon yang belum menerima sebarang penajaan daripada lain-lain penaja atau bantuan kewangan dari mana-mana organisasi dalam dan luar Negara layak memohon.

e. Pelajar yang telah mendapat tajaan contohnya JPA, MARA dan sebagainya tidak layak memohon.

f. Pelajar yang telah atau pernah menerima pinjaman daripada mana-mana badan tajaan dalam penajian Pensijilan atau Diploma tidak latak untuk meohon. Sekiranya pernah menerima pelajaran, surat selesai bayaran pinjaman hendaklah disertakan bersama borang permohonan.

Senarai Program Pengajian Ditaja

  • Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan

Penajaan Biasiswa

i. Tawaran biasiswa ini merangkumi yuran pengajian, yuran kolej kediaman, elaun buku dan wang saku.

ii. Penawaran biasiswa akan diberikan selama 6 semester untuk program Bacelor.

iii. Hanya pemohon disenarai tapis untuk temuduga sahaja akan dihubungi. Jika permohonan anda tiada jawapan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tutup permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.

Permohonan Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online (Semakan Keputusan)

Cara Mohon Biasiswa Kursi Tok Nan 2023 Online

Borang permohonan boleh didapati di laman web www.btu.upm.edu.my.

Borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikemukakan dan diterima secara serahan tangan oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Puan Rabaiyah binti Zaini di talian 086 855474 atau emel ke rabaiyah@upm.edu.my.

Leave a Reply