Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2020 Online (Selangkah UiTM)

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2020 Online (Selangkah UiTM). Anda berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UiTM sesi akademik 2020. Untuk makluman, permohonan UiTM boleh dibuat secara online menerusi permohonan UPUOnline atau terus ke laman web UiTM. Sebelum itu, pemohon hendaklah menyemak syarat kemasukan dahulu mengikut bidang yang dipelajari untuk memasuki Universiti Teknologi MARA.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2020 Online (Selangkah UiTM)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan syarat kemasukan UiTM termasuk memaparkan syarat am Universiti Awam dan aplikasi semakan :

Syarat Am Kemasukan UiTM

Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Teknologi MARA adalah seperti berikut :

A. Calon Lepasan SPM/Setaraf

i. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

B. Calon Lepasan STPM

i. Lulus SPM / setaraf dengan baik

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

iii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

iv. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

C. Calon Lepasan Matrikulasi

i. Lulus SPM / setaraf dengan baik.

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

iii. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00

iv. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

D. Calon Lepasan Diploma

i. Lulus SPM / setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian

ii. Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia di peringkat SPM/ setaraf

iii. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti

iv. Mengambil Malaysian University English Test (MUET)

Cara Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online

1. Pemohon boleh membuat semakan syarat kemasukan UiTM secara atas talian (online) di Aplikasi Selangkah UITM
http://www.selangkah.uitm.edu.my

2. Setelah masuk ke laman Selangkah UiTM, sila isi maklumat pelajar seperti No. MyKAD, Nama, e-mail, No. Telefon dan Kategori (lepasan SPM/STPM & SETARAF).

3. Kemudian, masukkam maklumat pendidikan beserta gred matapelajaran dan tekan butang ‘SEMAK’ untuk proses seterusnya.

4. Program pengajian yang layak diambil oleh calon akan dipaparkan di skrin.

Sila rujuk http://online.uitm.edu.my dari masa ke semasa atau sila hubungi Pihak Bahagian Pengambilan Pelajar.
Pertanyaan Mengenai Permohonan : (+603)-55443164/3165/3166/3174/3175

BACA JUGA : Permohonan Kemasukan ke UiTM 2020

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi MARA ambilan 2020.

Leave a Reply

%d bloggers like this: