Permohonan Rumah Sewa Siswa 2024 Untuk Pelajar IPT (Semak Status). Nak miliki rumah sewa bagi mahasiswa IPT? Berita baik buat pelajar IPTA yang ingin mendapatkan rumah sewa di luar kampus. Untuk makluman, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menawarkan satu program iaitu Rumah Sewa Siswa khususnya kepada pelajar universiti awam yang tidak memperoleh penginapan dan menyewa kediaman di luar kampus. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web rumahsiswa.mohe.gov.my.
Tujuan utama program ini dilancarkan untuk menangani isu pengurusan serta keselamatan pelajar IPTA yang tidak tinggal dalam kampus. Dengan adanya Rumah Siswa ini, ia akan secara tidak langsung akan membantu pihak IPT untuk mentadbir, menelaras serta menguruskan keperluan serta hal ehwal berkaitan kebajikan mahasiswa yang menyewa di luar kampus.
Permohonan Rumah Sewa Siswa 2024 Untuk Pelajar IPT (Semak Status)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Rumah Sewa Siswa termasuk memaparkan definisi dan cara permohonan:
Apa Itu Portal Rumah Siswa?
Portal Rumah Siswa merupakan satu platform khas yang menghubungkan pelajar sebagai penyewa kepada pemilik premis, mendapatkan khidmat nasihat serta memudahkan proses pencarian bilik atau rumah sewa di sekitar kampus pada harga kompetitif.
Senarai IPTA Yang Terlibat
Berikut adalah senarai Universiti Awam yang terlibat kerjasama dalam Rumah Sewa Siswa iaitu ;
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
- Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaysia Pahang (UMP)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
- Universiti Malaysia Sabah (UMS)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Cara Mohon Rumah Siswa Online
- Untuk pendaftaran sila ke laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my/register.
- Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar.’
- Log masuk ke emel dan klik butang ‘Verify Email Address’ untuk pengesahan emel.
- Untuk membuat carian, taip nama tempat atau bandar diikuti dengan butang ‘Cari.’
- Senarai kediaman akan dipaparkan di screen untuk rujukan pelajar.
Untuk maklumat lanjut tentang program Rumah Siswa, sila layari ke laman web https://rumahsiswa.mohe.gov.my.