Semakan Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA Online

Semakan Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA Online. Adakah anda pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)? Sebelum anda memutuskan melanjutkan pelajaran ke universiti awam (UA), pastikan anda memilih kursus atau program pengajian yang mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Untuk makluman, kini anda tak perlu risau lagi dimana kerajaan Malaysia telah sediakan satu sistem semakan online yang dikenali sebagai MQA dan e-Sisraf. Dengan adanya sistem ini membolehkan pelajar membuat semakan kelayakan kursus universiti yang boleh dimohon.

Semakan Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA Online

Semakan Kelayakan Kursus Universiti Diiktiraf MQA Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan kelayakan kursus universiti dalam sistem MQA termasuk memaparkan aplikasi online :

Apa Itu dan Maksud Akreditasi MQA?

Agensi Kelayakan Malaysia atau bahasa Inggeris sebagai Malaysian Qualifications Agency (MQA) merupakan agensi di bawahKementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 denganberkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679). MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara(LAN) yang ditugaskan untuk mengawal kualiti kursus pengajian.

Tujuan penubuhan MQA adalah menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.

Cara Semak Akreditasi MQA Online

Calon boleh membuat semakan status akreditasi MQA kelayakan kemasukan UPU secara online menerusi aplikasi pautan di bawah ;

● e-SISRAF : https://www2.mqa.gov.my/esisraf

● MQR : http://www2.mqa.gov.my/mqr

Cara Semak Kelayakan Kursus e-Sisraf Online

Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam atau singkatan eSisraf adalah merupakan satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dari peringkat Sijil, Diploma, Diploma Lanjutan dan Sarjana Muda dan kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan Kerajaan Malaysia. Fungsi utama e-Sisraf adalah sebagai sumber rujukan atau panduan kepada pelajar tentang program pengajian tinggi dan yang dijalankan di dalam dan luar negara.

1. Semakan sistem e-Sisraf boleh dibuat secara online di laman https://www2.mqa.gov.my/esisraf

2. Dalam paparan, akan ditampilkan maklumat tentang Negara, Institusi dan Kelayakan.

3. Sila buat pilihan yang dikehendaki dan tekan butang ‘CARI’.

Leave a Reply

%d bloggers like this: