Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2023 SJKP (Semakan Status)

Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2023 SJKP (Semakan Status). Anda nak impian memiliki rumah pertama menjadi nyata? Perhatian buat anda yang ingin memiliki rumah idaman sendiri meskipun tidak mempunyai penyata gaji dan gaji bersih hanya RM1,000 sebulan. Untuk makluman, kini anda boleh memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) tahun 2022 di mana-mana cawangan institusi kewangan yang turut serta dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2023 SJKP (Semakan Status)

Skim perumahan ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas. Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana sahaja tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000. Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) menyediakan peruntukan RM70 juta menerusi skim Smart Mortgage-Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) pada tahun pertama pelancarannya.

Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2023 SJKP (Semakan Status)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) termasuk memaparkan syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Syarat Kelayakan Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020

Antara syarat-syarat kelayakan Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

TEMPOH PEMBAYARAN PEMBIAYAAN

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu. Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Tiada caj / yuran yang dikenakan oleh SJKP Berhad kepada peminjam.

Institusi Kewangan Yang Terlibat

  • Affin Bank, Affin Islamic
  • Agro Bank
  • Alliance Bank
  • Alliance Islamic Bank
  • AmBank Group
  • AmIslamic Bank
  • Bank Muamalat
  • Bank Islam
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank
  • Hong Leong Islamic Bank
  • Maybank
  • Maybank Islamic
Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan 2020 SJKP (Semakan Status)

Cara Permohonan Rumah SKJP 2022

1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli atau resit bayaran tempahan.

2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih).

3. Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.

4. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

5. Menyediakan dokumen-dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
  • Permohonan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad tetapi dilakukan di cawangan institusi kewangan yang menyertai skim ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (798619-K)
Tingkat 12, Bangunan Setia 1,
15 Lorong Dungun,Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur.

No. Tel: 03-2096 5000
No. Faks: 03-2096 5090
E-mel: enquiry@sjkp.com.my

BACA JUGA : Permohonan Skim Perumahan Belia

Sumber : SJKP

Leave a Reply