Permohonan SMKA Putrajaya Tingkatan 4 2023 KAA Online. Bilakah tarikh permohonan kemasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Kelas Aliran Agama (KAA) Putrajaya? Panduan buat pelajar Tingkatan Tiga yang berminat melanjutkan pengajian di SMKA dan KAA Putrajaya ambilan 2022. Untuk makluman, permohonan kemasukan SMKA/KAA Putrajaya 2021 dijangka dibuka pada bulan September 2020.
![Permohonan SMKA Putrajaya Tingkatan 4 2023 KAA](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2019/09/PicsArt_09-16-07.11.30.jpg?resize=680%2C359&ssl=1)
Permohonan SMKA Putrajaya Tingkatan 4 2023 KAA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan SMKA Putrajaya termasuk memaparkan tarikh, syarat kemasukan dan cara permohonan :
Tarikh Dibuka: Dijangka dibuka bulan September 2020
Syarat Kemasukan SMKA/KAA Putrajaya
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama /KAA Putrajaya :
1. Warganegara Malaysia
2. Murid dari :
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
- Kelas Aliran Agama (KAA);
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
- Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);
- Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
- Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS);
3. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA)
A. Syarat Akademik Kemasukan SMKA Putrajaya 2020
Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
i. Memperolehi Gred A dalam mana-mana 4 mata pelajaran;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Arab/Al-Lughah Al-Arabih Al-Muasirah (Lisan atau Penulisan);
iii. Mencapai tahap minimum (Gred E) dalam mata pelajaran lain
iv. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.
v. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.
B. Syarat Akademik Kemasukan KAA Putrajaya 2020
Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
i . Memperolehi Gred A dalam mana-mana 3 mata pelajaran;
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam,
Matematik dan Sains;
iii. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab;
iv. Sekurang-kurangnya Gred B dalam PAJSK.
v. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.
Borang Permohonan SMKA/KAA Putrajaya
a. Bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat kemasukan sila lengkapkan borang permohonan dan hendaklah dihantar ke Unit Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Blok E2, Tingkat 7, Lobi 2. Parcel E, Putrajaya.
b. Pemohon juga perlu lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan bersama borang permohonan seperti berikut:
i. Salinan sijil kelahiran
ii. Salinan kad pengenalan pemohon dan ibubapa yang disahkan
iii. Salinan keputusan PT3, PBS, PAJSK dan Psikometrik yang disahkan
Semakan Keputusan SMKA/KAA Putrajaya Tingkatan 4
Keputusan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi pelajar yang berjaya sila cetak surat tawaran untuk kemasukan ke SMKA Putrajaya semasa pendaftaran pelajar.
BACA JUGA : Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus 2022 KPM