Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2021 Online

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2021 Online. Panduan buat lepasan UPSR dan PT3 yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh tahun 2021. Untuk makluman, permohonan murid kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat SBP KPM tahun 2021 dibuka mulai dari 7 September hingga 2 Oktober 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi KPM www.moe.gov.my. Manakala, permohonan kemasukan ke MRSM pula akan dibuka pada bulan September 2020.

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2021 Online

Permohonan Kemasukan SBP Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4 2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan Tingkatan Satu dan Empat termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan status :

Tarikh Permohonan : 7 September – 2 Oktober 2020

Sekolah Berasrama Penuh atau ringkasnya SBP adalah merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Sekolah ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.

Syarat Umum Permohonan SBP 2021

Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh bagi tingkatan 1 dan Tingkatan 4 iaitu :

Pemilihan Murid Tingkatan 1 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4 :

  • Murid mestilah warganegara Malaysia
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang- kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS)
  • Murid aktif dalam kokurikulum

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Seluruh Malaysia

Cara Permohonan SBP 2021 Online

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) boleh dibuat secara online melalui aplikasi SST1 KPM www.moe.gov.my.

Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 1 & 4 2021

Keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP diumumkan selewat-lewatnya pada bulan Disember 2020. Bagi anda yang gagal mendapat tawaran boleh kemukakan rayuan pada tarikh pengumuman keputusan ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan pertama.

Sebarang keterangan lanjut, ibu bapa atau penjaga dan murid boleh layari ke laman sesawang KPM http://www.moe.gov.my

BACA JUGA :

Leave a Reply