Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021 Online

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021 Online. Anda ingin melanjutkan pengajian di IPTA dan IPTS? Berita baik buat anak kelahiran negeri Perak yang ingin membuat pinjaman pelajaran. Untuk makluman menerusi laman SPPTP, permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak sesi 2020/2021 dibuka pada 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di laman web Kerajaan Negeri Perak www.perak.gov.my.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021 Online

Tujuan Pinjaman Pengajian Tinggi Kerajaan Negeri Perak ditawarkan adalah untuk memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada Wawasan Perak Amanjaya.

Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pinjaman pengajian tinggi negeri Perak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, kadar pinjaman dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 1 Disember 2019 hingga 29 Februari 2020

Syarat Kelayakan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2020/2021

Antara syarat-syarat kelayakan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak adalah seperti berikut :

a. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;

b. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin di
dalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;

c. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;

d. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;

e. Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya baki tiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajian mengambil kira semester panjang sahaja);

f. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;

g. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah :

  • DIPLOMA – Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
  • IJAZAH / SARJANA MUDA – Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
  • IJAZAH SARJANA – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan
  • IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) – Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

KADAR PINJAMAN

(a) DIPLOMA – RM5,000

(b) IJAZAH SARJANA MUDA

  • PERUBATAN (MBBS) *PELAJAR QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK (QIUP) SAHAJA – RM18,000
  • SAINS – RM6,500
  • SASTERA –¬†RM6,000
  • PENGAJIAN ISLAM (JORDAN SAHAJA) – RM12,000

(c) IJAZAH SARJANA – RM10,000

(d) IJAZAH KEDOKTORAN (PHD) – RM15,000

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DAN KURSUS YANG DITAJA

(i) Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan (IPTA)

(a) Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) – Semua jenis kursus yang
ditawarkan oleh pihak IPTA

(ii) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

(a) Semua Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti dan Kolej
Universiti dalam Negara – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS
yang diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)

(b) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Institusi atau Kolej di dalam
Negeri Perak sahaja – Semua jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak IPTS yang
diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA).

(iii) Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara (Jordan sahaja)

(a) Pengajian Islam sahaja

Cara Permohonan Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak Online

Bagi calon yang ingin membuat permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi berikut :

(i) http://spptp.perak.gov.my ; atau

(ii) laman web Kerajaan Negeri Perak iaitu di www.perak.gov.my.

Nota : Bagi SEMAKAN PANGGILAN TEMUDUGA, sila layari laman web spptp.perak.gov.my mulai 7 Mac 2020 dan semakan tersebut boleh dilakukan di modul “SEMAKAN STATUS PERMOHONAN” untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan tarikh temuduga Tuan/Puan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian 05-2095000 samb. Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, Pejabat SUK Perak atau 05-2412789 Unit Pinjaman Pengajian Tinggi, UTC Perak.

BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT 2020/2021 (Biasiswa/Pinjaman/Zakat)

Leave a Reply