Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2018 (Borang)

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2018 (Borang). Panduan buat lepasan SPM yang ingin menyemak semula keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018. Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepada calon yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018. Sudah pasti di antara calon yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM bagi mereka yang kurang berpuas hati dengan keputusan yang diterima. Untuk makluman, calon SPM boleh mengemukakan semakan semula keputusan dengan kadar bayaran RM50.00 bagi setiap matapelajaran.

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2018 (Borang)

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2018 (Borang)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semak semula keputusan SPM 2018 termasuk memaparkan panduan semakan, kadar bayaran dan cara hubungi :

Borang Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2018

Bagi calon yang ingin membuat semakan semula keputusan peperiksaan SPM boleh mengisi borang rayuan yang telah disediakan di laman web Lembaga Peperiksaan.

○ Borang Rayuan : KLIKSINI

A. Permohonan Melalui Pos

○ Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2016) supaya tidak tercicir.

○ Cek persendirian tidak diterima.

B. Permohonan Melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan

○ Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.

○ Cek persendirian tidak diterima.

Panduan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan SPM

1. Permohonan semak semula keputusan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

2. Permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Semak Semula/Kes T. Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan
diproses.

3. Borang Semak Semula/Kes T boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan (LP)
http://lp.moe.gov.my

4. Permohonan Semak Semula perlu disertakan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A. Permohonan yang tidak lengkap atau
tidak menggunakan Borang Semak Semula/Kes T tidak akan diproses.

5. Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-
dokumen yang telah disahkan hendaklah dialamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan

Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 8, Blok E11

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p.: Unit SPM)

6. Kadar bayaran semak semula adalah RM50.00 bagi setiap mata pelajaran. Bayaran hanya boleh dibuat dengan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan. Wang tunai atau cek persendirian tidak diterima. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Semak Semula/Kes T supaya tidak tercicir.

7. Sila sertakan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem 50 sen.

8. Borang Semak Semula/Kes T yang telah lengkap diisi, satu salinan slip keputusan
peperiksaan SPM, markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan dan dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 50 sen hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “SEMAK SEMULA SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut..

9. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sebarang keterangan lanjut sila ajukan kepada Unit SPM melalui talian 03-8884 3332 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui emel lp.spm@moe.gov.my. 

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2018.

Leave a Reply

%d bloggers like this: