Permohonan Pra Diploma UITM 2023/2024 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Permohonan Pra Diploma UITM 2023/2024 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi). Berminat melanjutkan pengajian ke UiTM? Panduan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam Program Pra Pendidikan Tinggi. Untuk makluman, permohonan kemasukan program Pra Diploma UiTM sesi 1 2023/2024 boleh dibuat secara online bermula pada 1 Jun 2023 menerusi laman sesawang UiTM https://online.uitm.edu.my/ppt. Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon MELAYU, ORANG ASLI dan ANAK NEGERI SABAH/ SARAWAK sahaja.

Permohonan Pra Diploma UITM 2023//2024 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Program Pra Pendidikan Tinggi UITM atau dikenali sebagai Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) merupakan adalah inisiatif kerajaan bertujuan membantu pelajar miskin dalam mendapat peluang pendidikan. Calon yang lulus permohonan PPT ini bakal diberikan penempatan bagi menyambung pengajian di Universiti Teknologi MARA (UITM).

Permohonan Pra Diploma UITM 2023 Online (Program Pra Pendidikan Tinggi)

Berikut dikongsikan maklumat Program Pra Pendidikan Tinggi UITM termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan: 1 Jun 2023

Universiti Teknologi MARA atau ringkasnya UiTM adalah Universiti Awam di Malaysia yang memiliki kampus di setiap negeri. Tujuan penubuhan UiTM untuk memberi peluang kepada Bumiputera melanjutkan pengajian ke IPTA. UiTM berbeza dengan Universiti Awam lain dimana menyediakan program Pra-Diploma kepada golongan yang mendapat keputusan kurang baik dalam peperiksaan SPM dan tidak layak melanjutkan pengajian peringkat Diploma.

Kategori Permohonan Pra Diploma UiTM

Calon yang layak memohon adalah lepasan SPM tahun semasa & 5 tahun ke belakang iaitu 2021, 2020 2019, 2018, 2017 dan 2016.

Syarat Kelayakan Program PPT UITM

Antara syarat-syarat kelayakan Program PPT UITM adalah seperti berikut:

SYARAT AM

  • Kewarganegaraan Malaysia iaitu Melayu, Orang Asli dan Anak Negeri Sabah/Sarawak.
  • Berpendapatan (gaji kasar) ibubapa kurang atau lebih RM5,000 sebulan.

Senarai Program Ditawarkan Pra Diploma UiTM

  • Pra Diploma Perdagangan (BA002 & BA003)
  • Pra Diploma Sains (AS007 & AS008)
  • Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002 & AS003)
  • Pra Diploma Agroteknologi (AT001 & AT002)
  • Pra Diploma Pengajian Islam (IC001 & IC002)

Cara Permohonan PPT UITM Online

1) Permohonan No Pin Percuma Program Pra Diploma UiTM. Emelkan Nama Penuh, No Kad Pengenalan & No Telefon kepada pptshahalam@uitm.edu.my.

*No pin akan diberikan kepada pemohonan setelah sistem dibuka.

2) Lengkapkan borang permohonan secara atas talian di pautan https://online.uitm.edu.my/ppt/

3) Menghantar dokumen yang diperlukan melalui emel kepada pptshahalam@uitm.edu.my.

ARTIKEL BERKAITAN : Senarai UiTM di Seluruh Malaysia

Senarai Lampiran Borang Permohonan PPT UITM

Beberapa lampiran yang diperlukan bersama borang permohonan adalah iaitu :

  1. Borang Permohonan PPT UITM
  2. Salinan Kad Pengenalan
  3. Salinan Sijil SPM
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa
  5. Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen atau Surat Pengesahan Pendapatan
  6. Sijil Kematian/ Penceraian Ibu/Bapa
  7. Salinan Sijil Anak Angkat (jika berkaitan)
  8. Salinan Penyata Cukai Syarikat (jika berkaitan)
  9. Salinan Sijil/ Pengiktirafan sukan tertinggi & terkini (PPT- Atlet)

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di talian :

  1. Pejabat Pengurusan PPT : (+603) 5521 1416/ 1449 / 1444/ 1448
    Fax : (+603) 55437969
    Facebook : PPT UITM Pejabat Pengarah
  2. Masalah TEKNIKAL : (+603) 5521 1014 / 5544 3171 / 5543 7968

BACA JUGA : Semakan Syarat Kelayakan ke UiTM

Leave a Reply

%d bloggers like this: