Kemaskini Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Lepasan Matrikulasi/ Asasi/ PASUM) 2018

Kemaskini Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Lepasan Matrikulasi/ Asasi/ PASUM) 2018 | Adakah anda lepasan STPM/ Setaraf? Panduan buat anda yang telah membuat permohonan UPUOnline sesi 2018/2019 bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda untuk pelajar lepasan STPM/ Setaraf (Matrikulasi/ Asasi UiTM & PASUM). Untuk makluman menerusi portal FB UPU, kemaskini permohonan UPUOnline bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda Fasa 2 ini dibuka mulai 28 Jun jam 12.00 tengah hari sehingga 2 Julai 2018 jam 11.59 malam. Pengemaskinian fasa 2 ini melibatkan pemohon lepasan Matrikulasi KPM, Asasi UiTM dan PASUM.

Kemaskini Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Lepasan Matrikulasi/ Asasi/ PASUM) 2018

Permohonan fasa 2 adalah bertujuan utk membenarkan calon Matrikulasi/ Asasi UiTM dan PASUM membuat perubahan pada permohonan upu. Ini berikutan keputusan semester 2 baru sahaja keluar dan permohonan telah ditutup lebih awal dari tarikh result ini. Oleh itu, pemohon boleh mengubah kursus sekiranya diingini atau ingin buat perubahan berdasarkan keputusan result yang terkini.

Kemaskini Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Lepasan Matrikulasi/ Asasi/ PASUM) 2018

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara kemaskini permohonan UPUOnline Fasa 2 sesi 2018/ 2019 untuk panduan anda :

Cara Kemaskini Permohonan UPUOnline

1. Anda perlu layari ke Portal Rasmi UPU di http://upu.mohe.gov.my/web/.

2. Kemudian, klik pada ‘Permohonane Kemasukan’ dan Log In.

3. Kemaskini pada ruangan yang dikehendaki sahaja adalah seperti berikut :

a) Pilihan Program (bukan program bertemuduga)

b) Alamat yang boleh di hubungi

c) Alamat emel

d) Nombor telefon yang boleh dihubungi

4. Selepas itu, klik SAH dan HANTAR.

Kemaskini Permohonan UPUOnline Fasa 2 (Lepasan Matrikulasi/ Asasi/ PASUM) 2018

Sebarang pertanyaan permohonan UPU, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 – 8870 8200 atau laman web rasmi UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

INFO BERKAITAN :

● UPU Pocket Aplikasi Permohonan, Kemaskini dan Semakan UPU

Kemaskini Permohonan UPU 2018/2019 Online

Untuk info lanjut anda boleh follow group telegram UPUOnline menerusi link seperti ini https://t.me/upuonline2018.

Semoga perkongsian tentang pengemaskinian permohonan UPUOnline ini dapat dijadikan rujukan buat pemohon. Selamat membuat pilihan kursus yang tepat dan peluang pekerjaan kelak.

Leave a Reply

%d bloggers like this: