Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2024 SPH JAKIM (Semakan Tawaran)

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2024 SPH JAKIM (Semakan Tawaran). Berita baik buat pelajar Hafiz yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Untuk makluman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempelawa pelajar-pelajar Hafiz yang telah ditawarkan menyambung pengajian (sepenuh masa) di peringkat Ijazah Pertama dalam dan luar negara dan Ijazah Sarjana/ Doktor Falsafah dalam negara sahaja untuk memohon Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi sesi pengajian 2022/2023 (Semester 2). Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) bermula pada 27 Mac hingga 7 April 2023 menerusi laman web http://sph.islam.gov.my.

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2024 SPH JAKIM (Semakan Tawaran)

Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2024 SPH JAKIM (Semakan Tawaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Skim Pembiayaan Hafiz termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara mohon:

Tarikh permohonan: 27 Mac – 7 April 2023

Syarat Kelayakan Skim Pembiayaan Hafiz

Pelajar yang ingin memohon SPH hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia.

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda dan tidak melebihi 30 tahun bagi peringkat Ijazah Lanjutan.

iii. Tidak menerima apa-apa tajaan atau biasiswa daripada mana-mana agensi.

iv. Pelajar yang menerima pinjaman seperti PTPTN atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan adalah layak memohon. Pelajar yang menerima pinjaman perlu menamatkan pinjaman sekiranya ditawarkan SPH.

v. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di tahun 2 dan ke atas dengan baki pengajian tidak kurang dari dua semester atau setahun dari tempoh tamat pengajian, adalah layak untuk memohon biasiswa SPH.

vi. Telah menerima surat tawaran kemasukan pengajian dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi.

Apakah itu Skim Pembiayaan Hafiz?

Skim Pembiayaan Hafiz atau ringkasnya SPH merupakan biasiswa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar hafiz yang memiliki diploma/ sijil tahfiz yang diiktiraf oleh kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara.

Senarai Bidang Layak Mohon SPH

Senarai bidang-bidang pengajian yang layak memohon SPH JAKIM adalah seperti berikut ;

A. Dalam Negara

Ijazah Sarjana Muda

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Sains
  • Kejuruteraan
  • Teknologi
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
  • Optometri
  • Undang-Undang
  • Ekonomi/ Akaun

B. Luar Negara

Ijazah Sarjana Muda

  • Pengajian Islam
  • Qiraat
  • Sastera
  • Perubatan
Permohonan Skim Pembiayaan Hafiz 2023 SPH JAKIM (Semakan Tawaran)

Cara Mohon Skim Pembiayaan Hafiz 2023 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi laman web http://sph.islam.gov.my/

2. Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen sokongan telah disahkan dan dimuat naik di portal i-Hafiz.

3. Pemohon hendaklah mencetak “Slip Pengesahan Permohonan SPH” sebagai bukti bahawa permohonan telah dibuat.

Sebarang pertanyaan mengenai SPH boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM di talian 03-8870 7141/7125/7146/7149 atau emel di alamat sph@islam.gov.my.

Leave a Reply