Permohonan STAM KISAS 2025 Online Tingkatan 6 (Semakan Keputusan). Anda berminat melanjutkan pengajian ke Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)? Panduan buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 6 STAM KISAS tahun 2024/2025. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, dimaklumkan permohonan ke Tingkatan 6 Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Kolej Islam Sultan Alam Shah akan dibuka bermula pada 6 Februari sehingga 20 Februari 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web KPM.

Permohonan STAM KISAS 2025 Online Tingkatan 6
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke STAM KISAS termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Kolej Islam Sultan Alam Shah atau ringkasnya KISAS adalah merupakan sekolah berasrama penuh yang terletak di Klang, Selangor. Selain kemasukan STAM, KISAS juga menawarkan kemasukan ke Tingkatan 4 dan 5.
Tarikh Penting Kemasukan STAM KISAS 2024/2025
- Iklan Permohanan: 6 Februari – 20 Februari 2024
- Panggilan Ujian Bertulis: 29 Februari 2024
- Ujian Kelayakan Bertulis: 9 Mac 2024
- Semakan Tawaran: 18 Mac 2024
- Pendaftaran: 25 Mac 2024
Syarat Kemasukan STAM KISAS Tingkatan Enam 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke Tingkatan 6 di KISAS adalah seperti berikut:
A. Syarat Umum
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun ketika membuat permohonan.
3. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau bantuan kerajaan atau kerajaan negeri atau sekolah agama swasta yang diiktiraf.
4. Calon SPM tahun 2023.
5. Sihat tubuh badan.
B. Syarat Khusus
1. Pencapaian Akademik:
- Mencapai keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan dalam peperiksaan SMA atau SMTQ atau SMU.
- Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran elektif agama.
- Mencapai keputusan yang baik dalam mata pelajaran Kurikulum Dini.
2. Mencapai keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.
3. Lulus dalam temuduga khas.

Cara Permohonan Tingkatan 6 KISAS Online
Permohanan ini boleh dibuat dengan mengisi form menerusi pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScWgLNv3N6XUa_YDfY3K7RYV68EWSwjWjp1OgsXrCP6f7sIHg/viewform
NOTA:
a. Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga khas yang akan ditetapkan.
b. Surat panggilan temuduga dan surat tawaran kemasukan bagi pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel yang didaftarkan dalam borang permohanan.
Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi di talian 03 33711658 atau emel ke pengetuakisas@moe.gov.my.
Tahniah kepada anda yang melanjutkan pengajian di Kolej Islam Sultan Alam Shah ambilan 2024.
Sumber : MOE