Permohanan Tabika Perpaduan 2023 Untuk Anak 4-6 Tahun (Semakan Pendaftaran)

Permohanan Tabika Perpaduan 2023 Untuk Anak 4-6 Tahun (Semakan Pendaftaran). Ibu bapa ada anak seusia empat hingga enam tahun? Perhatian buat ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan kemasukan murid ke Tabika Perpaduan. Untuk makluman, permohonan Tabika Perpaduan tahun 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal https://www.jpnin.gov.my. Lazimnya, pendaftaran Tabika Perpaduan boleh dibuat di dalam bulan Mac sehingga Julai pada tahun semasa.

Permohanan Tabika Perpaduan 2023 Untuk Anak 4-6 Tahun (Semakan Pendaftaran)

Permohanan Tabika Perpaduan 2023 Untuk Anak 4-6 Tahun (Semakan Pendaftaran)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Tabika Perpaduan termasuk memaparkan syarat kemasukan, cara mohon dan semak status :

Apa Itu Tabika Perpaduan?

Tabika Perpaduan mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat, Lembaga Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 2021, konsep tabika perpaduan telah dimantapkan dimana bertujuan untuk memberi penghayatan pendidikan Rukun Negara dan nilai-nilai murni bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara. Sehingga 31 Disember 2020, terdapat sebanyak 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh negara.

Syarat Kemasukan Tabika Perpaduan 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ke Tabika Perpaduan tahun 2023 :

  1. Kanak-kanak adalah warganegara Malaysia
  2. Berumur 4 – 6 tahun
  3. Kanak-kanak tidak mempunyai risiko berkeperluan khas
  4. Mempunyai dokumen sokongan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib bagi kemasukan kanak-kanak berstatus anak angkat kepada penduduak tetap/ penduduk tempatan

Senarai Tabika Perpaduan Seluruh Malaysia

Untuk melihat senarai tabika perpaduan boleh ke pautan https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/SENARAI%20TABIKA%20PERPADUAN.pdf

Cara Pendaftaran Tabika Perpaduan 2023 Online

1. Permohonan ini boleh dibuat secara online menerusi pautan https://emaklumat.perpaduan.gov.my/e-JPNIN/onstudent/onstudent_reg.aspx

2. Isikan maklumat yang diperlukan di bahagian ‘maklumat murid’ dan ‘maklumat ibu/bapa/penjaga’.

3. Masukkan kod sekuriti yang diberikan dan klik butang ‘hantar’.

Semakan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan

Untuk semakan status pendaftaran tabika perpaduan boleh terus ke pautan https://emaklumat.perpaduan.gov.my/e-JPNIN/onstudent/searchonstudent.aspx

Selain online, ibu bapa juga boleh mendapatkan pengesahan permohonan kemasukan murid ke Tabika Perpaduan secara bersurat daripada pihak Kelas Tabika Perpaduan.

Cara Rayuan Pendaftaran Murid Tabika Perpaduan

Bagi yang status gagal permohanan, rayuan bagi permohonan pendaftaran kanak-kanak ke Tabika Perpaduan boleh dilaksanakan dengan menghantar surat rayuan secara terus kepada guru bagi kelas dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan permohanan diperolehi.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi di talian:

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(Kementerian Perpaduan Negara)
Aras 9, Blok E2, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tel : 03-8883 7000

  • Tabika Perpaduan : 03-8883 7151 / 7180
  • KRT/ SRS : 03-8888 8586 / 03-8883 7155 (Unit KRT)
  • Teknikal : 03-8883 7029 / 7107 (Unit Aplikasi)

BACA JUGA: Permohonan Kemasukan TABIKA & TASKA KEMAS 2023

Sumber : JPNIN

Leave a Reply

%d bloggers like this: