Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ 2019 (Yayasan Pelajaran Johor). Berita baik buat pelajar khususnya anak jati Johor yang ingin membuat permohonan biasiswa atau bantuan pelajaran. Untuk makluman menerusi portal YPJ, permohonan Insentif Harapan Siswa (IHS) Yayasan Pelajaran Johor tahun 2019 telah dibuka pada 1 Februari hingga 28 Februari 2019. Permohonan ini terbuka kepada yang sedang melanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ boleh dibuat secara online di portal Yayasan Pelajaran Johor.
Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ 2019 (Yayasan Pelajaran Johor)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Insentif Harapan Siswa termasuk memaparkan syarat kelayakan, dokumen penting, cara permohonan dan cara hubungi :
Tarikh Permohonan : 1 Februari – 28 Februari 2019
Syarat Insentif Harapan Siswa YPJ
Antara syarat-syarat Insentif Harapan Siswa yang anda perlu memenuhi adalah seperti berikut :
1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah).
3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi.
4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih.
5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas.
6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.
7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.
DOKUMEN WAJIB
a. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
b. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
c. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
d. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
e. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
f. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
g. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)
h. Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG
i. Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya
Cara Permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Online
1. Pemohon perlu melayari di laman web Yayasan Pelajaran Johor secara dalam talian. Anda boleh ke link web ini.
2. Lengkapkan borang permohonan dan disertakan dengan dokumen-dokumen penting.
Sebarang pertanyaan tentang Insentif Harapan Siswa, pemohon boleh menghubungi ;
No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Fak:07-2344434
Sumber : YPJ