Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2021/2022 (Ambilan Januari & Julai). Berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Sukan Malaysia? Panduan buat pelajar yang berminat membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM) ambilan Julai 2020. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan Sekolah Sukan Malaysia ambilan Julai 2020 akan dibuka mulai 1 Mac hingga 15 April 2020. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi portal rasmi KPM.

Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia dilaksanakan 2 kali setahun iaitu untuk Ambilan Januari dan Ambilan Julai. Hanya pencalon yang terdiri daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Sekolah Sukan Malaysia (SSM), Sekolah Sukan Negeri (SSN) layak memohon dengan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://spassm.moe.gov.my.
Permohonan Sekolah Sukan Malaysia 2021/2022 (Ambilan Januari & Julai)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan Sekolah Sukan Malaysia termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 1 Mac – 15 April 2020 (Ambilan Julai)
Sekolah Sukan Malaysia atau ringkasnya SSM adalah merupakan sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi, mengembangkan bakat dan memupuk mereka untuk seimbangkan dalam bidang sukan dan akademik. Kini terdapat empat buah Sekolah Sukan Malaysia di seluruh Malaysia.
Syarat Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2021
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia seperti berikut :
Syarat Umum Kemasukan ke SSM
a. Warganegara Malaysia
b. Telah melalui Program Mengenalpasti Bakat (Talent Identification/ Talent Search/ Talent Scouting). Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
c. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
d. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
e. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi. (Contoh : Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan kejohanan lain yang diiktiraf).
Syarat Khusus Kemasukan ke SSM
Pengambilan bagi atlet murid Tahun 5 dan Tahun 6
Keutamaan adalah untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan di mana atlet murid juga telah menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 1
Atlet murid perlu memperolehi sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR serta telah melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengambilan bagi atlet murid Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
Atlet murid perlu menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) / Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
Cara Mohon Sekolah Sukan Malaysia 2020 Online
Calon perlu membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia secara online di laman web rasmi https://spassm.moe.gov.my/
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi di talian :
PUAN FAUZIAH BINTI AHMAD
Emel : fauziah.ahmad@moe.gov.my
No. Tel : 0388841172
DR. IZHAM BIN MD ISA
Emel : izhammdisa@moe.gov.my
No. Tel : 0388841174
BACA JUGA : Semakan Tawaran Kemasukan Sekolah Sukan Malaysia 2021
Saya sangat berminat dengan sekolah sukan. Pernah menjadi olahraga di sekolah tetapi hanya sampai Ke peringkat daerah.. Adakah saya masih layak untuk masuk Ke sekolah INI?
Tlong reply comments saya.. Saya memang sangat sangat suka sukan dalam bidang olahraga.. Jadi saya minta bantuan pihak berkenaan membantu saya sebab saya nak sangat masuk tapi tidak tahu Cara
Minta maaf komen lambat. Menerusi portal spassm anda boleh semak web ini https://spassm.moe.gov.my/index.cfm.. Permohonan kemasukan baru telah ditutup. Anda boleh semak juga di web tersebut syarat kelayakan.
Assalamualaikum,
Tuan / Puan,
Perkara : RAYUAN MEMOHON SEKOLAH SUKAN ZA ABA NEGERI SEMBILAN BAGI KEMASUKAN TINGKATAN 4 (SUKAN HOKI)
Adalah di maklumkan, saya Haslin binti Sukaimi berminat untuk memohon bagi pihak anak saya Muhammad Qayyum Irfan bin Zamri (0308220502823) ke sekolah tersebut.
Memandangkan permohonan telah di tutup dan saya telah terlepas pandang tarikh tutup, saya memohon agar rayuan saya di terima.
Setakat ini, anak saya pernah mewakili negeri sembilan bawah 14 tahun & 16 tahun peringkat kebangsaan dan pernah menang beberapa pertandingan hoki. Anak saya juga, pernah di pinjamkan untuk beberapa sekolah.
Jasabaik juga maklum balas amat saya hargai dan saya harap rayuan ini dapat dipertimbangkan.
Terima kasih.
Salam ikhlas
Haslin Sukaimi
Assalamualaikum..boleh saya tau macamna cara mohon sekolah sukan atas talian untuk anak saya lepasan UPSR 2019..Saya ingin mohon untuk Januari 2020.