Permohonan UPU 2025 Online Kemasukan Pelajar (Lepasan SPM/ STPM). Berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Panduan buat lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma atau Ijazah yang yang ingin membuat permohonan UPUOnline 2025/2026. Untuk makluman, permohonan UPUOnline kemasukan ke UA/ IPTA sesi akademik 2025-26 dibuka pada jam 12.00 tengah hari, 10 Februari hingga 14 Mac 2025 bagi permohonan Fasa Pertama. Permohonan ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal UPU.

Permohonan UPU 2025 Online Kemasukan Pelajar (Lepasan SPM/ STPM)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPUOnline kemasukan UA termasuk memaparkan tarikh buka & tutup, cara beli nombor pin UPU dan aplikasi permohonan:
Syarat Kemasukan ke Universiti Awam Online
Sebelum anda mengemukakan permohonan UPU, anda perlu merujuk syarat-syarat kemasukan dalam bidang masing-masing di portal e-Panduan.
e-Panduan menyediakan syarat kemasukan ke Universiti Awam, Institut Pendidikan Guru, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
ARTIKEL BERKAITAN : e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU Online
Cara Permohonan UPUOnline 2025-26 UA ILKA
1. Pemohon perlu membuat pembelian nombor PIN UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional sebelum memohon UPU secara online. Harga seunit nombor pin UPU bernilai RM10.60 yang boleh didapati di kaunter, mesin ATM BSN atau menerusi perbankan internet myBSN.
2. Setelah adanya nombor pin UPU, pemohon boleh membuat permohonan secara dalam talian di portal UPUOnline.
3. Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA.
4. Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama :-
a) No Kad Pengenalan
b) Alamat E-mel
c) Nama Ibu
d) Kata Laluan
e) Kod Keselamatan
f) Soalan Keselamatan Profil Akaun
5. Sekiranya pemohon telah mendaftar, pemohon boleh login dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Kali Pertama dibuat.
6. Pemohon hendaklah mengisi maklumat yang disediakan seperti Isi Maklumat Peribadi, Maklumat Keluarga, Maklumat Akademik, Pilihan Program Pengajian dan Maklumat Lain-lain.
7. Pemohon wajib klik butang “Sah & Hantar” bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem. Maklumat yang dicetak sebelum klik butang “Sah & Hantar” tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah berjaya mengemukakan permohonan.
8. Setelah klik butang “Sah & Hantar”, penyataan “Terima Kasih” Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:
a) Tarikh Permohonan;
b) Masa Permohonan;
c) Rujukan Permohonan;
d) Semua maklumat permohonan yang telah diisi;
e) Tarikh kemaskini pilihan program;
f) Tarikh-tarikh penting hebahan temuduga;
g) Tarikh kemaskini Fasa 2 bagi calon Matrikulasi/Asasi.
9. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.

NOTA: Bagi pemohon yang telah memohon sebelum ini boleh mengemaskini pilihan program pengajian di https://upu.mohe.gov.my/
Sebarang keterangan tentang kemasukan UA, sila hubungi di talian helpline UPU di 03 86842363 atau layari ke laman web UPU https://upu.mohe.gov.my.
BACA JUGA :