e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU Online

e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU Online. Panduan buat anda yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam melalui Permohonan UPUOnline sesi akademik 2019/2020. Sebelum membuat permohonan UPU, pelajar mestilah mengetahui syarat kemasukan dan senarai program yang dimohon. Untuk makluman, kini pihak Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU telah mewujudkan satu sistem online iaitu e-Panduan adalah untuk memberikan kemudahan kepada pemohon untuk membuat semakan syarat kelayakan dan program yang ditawarkan. Semakan syarat ini boleh dibuat secara online di sistem e-Panduan.

e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU Online

e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang cara menggunakan e-Panduan untuk Permohonan Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier yang mempunyai 3 fungsi utama iaitu pengenalan UA/ Politeknik, senarai program dan syarat khas :

A. Fungsi Pengenalan UA/ Politeknik

Dalam sistem e-Panduan, anda boleh membuat semakan pengenalan universti awam bagi lepasan SPM, STPM dan Setaraf untuk mengetahui maklumat penuh alamat, nombor telefon dan latar belakang lain institusi berkenaan.

B. Fungsi Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk fungsi ini pelajar boleh memilih institusi pilihan yang ingin dimohon termasuk kategori dan aliran. Dengan itu anda boleh mengetahui kod dan program yang ditawarkan di institusi yang ditawarkan.

C. Fungsi Syarat Am/ Khas Program

Untuk fungsi ini anda boleh mengetahui syarat am dan khas program yang ditawarkan. Calon boleh mengetahui tentang universiti, kategori, aliran dan fakulti yang menjadi pilihan anda.

Semoga perkongsian tentang sistem online e-Panduan dapat membantu pelajar untuk membuat semakan syarat kemasukan ke Universiti Awam dan Politeknik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: