Permohonan UPU 2025/2026 Online IPTA ILKA (Borang). Panduan buat pelajar lepasan SPM atau STPM/ Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam (UA) ambilan 2025-26. Untuk makluman menerusi laman FB Rasmi UPU Kemasukan BPKP JPT, permohonan UPU sesi akademik 2025-26 akan dibuka bermula 10 Februari sehingga 14 Mac 2025. Permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Matrikulasi, IPG dan ILKA boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi portal UPUOnline upu.mohe.gov.my. Permohonan ini hanya melibatkan pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan Ijazah.

Bagi pemohon yang berkelayakan dan berminat melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA calon perlu membuat pembelian No PIN UPU di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Permohonan UPU 2025/2026 Online IPTA ILKA (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPUOnline termasuk memaparkan kategori kelayakan, tarikh beli UPU, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Menurut KPT terdapat 503 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,111 program pengajian ditawarkan kepada lepasan STPM/ setaraf oleh Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA seluruh negara.
Kategori Layak Permohonan UPUOnline 2025/2026
LEPASAN SPM
- SPM 2024
- SPM 2023 & 2022
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
i. STPM 2024
ii. MATRIKULASI KPM/ ASASI SAINS UM/ ASASIPINTAR UKM/ ASASI UITM SESI AKADEMIK 2025/2026
iii. STAM 2024 & 2023
iv. DIPLOMA/ SETARAF
- DKM/ DLKM/ DVM/ DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA/ ILKA/ LAIN-LAIN KELAYAKAN
- A-LEVEL/ IB/ SEKOLAH SUKAN/ SAM/ CPU/ IPTS
- STPM, MATRIKULASI KPM/ ASASI, STAM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- DIPLOMA UA/ DIPLOMA POLITEKNIK

Tarikh Penting Permohonan UPU 2025/2026
- Tempoh pembelian no unik ID: 9 Februari – 15 Mei 2025
- Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 10 Februari – 14 Mac 2025 (Fasa 1), 14 April – 16 Mei 2025 (Fasa 2)
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2025
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2025
- Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2025
- Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2025
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2025
- Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2025
- Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2025
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2025
Cara & Tarikh Pembelian Nombor Unik ID UPU 2025
Pembelian Nombor Pin UPUOnline bernilai RM10.60 boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
ARTIKEL BERKAITAN: Panduan Beli Nombor Unik ID UPU
Cara Mohon UPUOnline 2025 Kemasukan UA
1. Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
2. Bagi lepasan SPM atau STPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA hanya melalui Sistem UPUOnline https://upu.mohe.gov.my/
3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
4. Kira merit disini.
5. Pastikan isi maklumat dengan lengkap.
6. Lengkapkan borang permohonan dan klik butang ‘SIMPAN’.
7. Cetak slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
8. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.
Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang kemasukan UPUOnline, sila hubungi BPKP JPT seperti berikut :
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
Tel: 03-8684 2363
Emel: upu@mohe.gov.my
Join Channel Telegram UPU
Nak dapatkan info lebih tentang pendidikan boleh follow channel telegram https://t.me/upuonline_ipt
BACA JUGA: