Permohonan Murid Tahun 1 2026 Online (Semakan). Panduan buat ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berusia enam (6) tahun. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2026 akan dibuka bermula daripada 1 Mac hingga 30 April 2025. Pendaftaran Murid Tahun 1 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di pautan https://idme.moe.gov.my

Permohonan Murid Tahun 1 2026 Online (Semakan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran Murid Tahun Satu untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan:
Tarikh Permohonan: 1 Mac – 30 April 2025
Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 2026
Antara syarat-syarat kemasukan ke Tahun Satu adalah iaitu :
a. Terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia
b. Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 hingga 1 Januari 2020.
Cara Pendaftaran Murid Tahun 1 Online
1. Pemohon perlu layari secara online di portal https://idme.moe.gov.my/
2. Daftar pengguna (guna KP ibu bapa atau penjaga) dan masukkan kata laluan.
3. Masuk semula username akaun dan password untuk klik permohonan baharu.
4. Klik menu utama – semakan permohonan dan kemaskini permohonan (Lengkapkan maklumat pelajar, kesihatan, ibu bapa/ penjaga dan permohonan).
5. Sahkan permohonan dan klik hantar setelah melengkapkan maklumat.
6. Hantar cetakan permohonan bersama dokumen yang diperlukan dan cetakan surat persetujuan imunisasi dalam tempoh dua minggu setelah pendaftaran dibuat ke sekolah dimohon.
Semakan Keputusan Daftar Murid Tahun 1 2026
Keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya akan diumumkan bermula pada bulan Oktober 2025. Untuk pemohon yang berjaya, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan. Manakala bagi yang gagal boleh mengemukakan rayuan permohonan Tahun 1 2026.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berkenaan.