Cara Permohonan UPUOnline 2026/27 Kemasukan UA Politeknik ILKA. Berminat melanjutkan pengajian tinggi ke Universiti Awam? Permohonan UPUOnline bagi lepasan SPM/ Setaraf dan STPM/Setaraf untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2026/2027 dibuka bermula 29 Januari hingga 23 Mac 2026 bagi permohonan Fasa Pertama. Permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi UPU mengikut kategori masing-masing. Untuk pengambilan kedua kemasukan UA boleh dibuat permohonan terus ke universiti awam berkenaan.

Bagi calon yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke UA/ IPTA, pembelian nombor pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN. Sebelum permohonan, calon disarankan menyenaraikan bidang-bidang pengajian yang diminati dan mengikuti syarat kelayakan.
Cara Permohonan UPUOnline 2026/27 Kemasukan UA Politeknik ILKA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan UPUOnline termasuk memaparkan kategori kelayakan, aplikasi permohonan dan cara hubungi :
Kategori Permohonan UPU 2026-27
LEPASAN SPM
- SPM 2025
- SPM 2024 & 2023
LEPASAN STPM / MATRIKULASI / ASASI / STAM
i. STPM 2025
ii. MATRIKULASI KPM/ ASASI SAINS UM/ ASASIPINTAR UKM/ ASASI UITM SESI AKADEMIK 2025/2026
iii. STAM 2025 & 2024
iv. DIPLOMA/ SETARAF
- DKM/ DLKM/ DVM/ DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA/ ILKA/ LAIN-LAIN KELAYAKAN
- A-LEVEL/ IB/ SEKOLAH SUKAN/ SAM/ CPU/ IPTS
- STPM, MATRIKULASI KPM/ ASASI, STAM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- DIPLOMA UA/ DIPLOMA POLITEKNIK

Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2026/2027
- Permohonan UPU dibuka/ ditutup : 29 Januari – 23 Mac 2026 (Fasa 1), 13 April – 15 Mei 2025 (Fasa 2)
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan SPM : Mei – Jun 2026
- Proses temuduga/ ujian bagi lepasan STPM/ Setaraf : Mei – Ogos 2026
- Fasa pengemaskinian lepasan SPM : Minggu pertama Jun 2026
- Fasa pengemaskinian lepasan STPM/ Setaraf : Minggu ke-4 Julai 2026
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2026
- Permohonan rayuan bagi lepasan SPM : Minggu pertama Julai 2026
- Permohonan rayuan bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2026
- Tarikh Hebahan UPUOnline bagi lepasan STPM/ Setaraf : Minggu pertama September 2026
Cara Beli Nombor Pin UPU 2026-27
Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN.
Cara Permohonan UPU 2026/2027 Lepasan SPM & STPM/Setaraf
1. Pembelian Unik ID UPUOnline. Sila pilih kategori yang betul.
2. Sila layari laman web rasmi https://upu.mohe.gov.my/
3. Pastikan kategori anda betul.
4. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
5. Kira merit disini.
6. Semak tren permohonan dan penawaran.
7. Semak laluan kerjaya.
8. Isi permohonan UPUOnline.
9. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
10. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
11. Lengkapkan borang permohonan.
Klik butang “SIMPAN”.
12. Cetak slip permohonan.
13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had.

Panduan Memilih Program UPUOnline
Sebelum permohonan, calon hendaklah memilih program dan bidang pengajian kemasukan ke Universiti Awam seperti berikut :
1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
2. Program yang minat.
3. Pilihan program mengikut keutamaan.
4. Rujuk kaunselor.
5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Nombor Hotline UPU 03- 86842363 atau layari ke laman web rasmi upu.mohe.gov.my atau laman rasmi FB Kemasukan BPKP JPT.
Join Channel Telegram UPUOnline
Nak dapatkan info lebih tentang pendidikan boleh follow channel telegram https://t.me/upuonline_ipt
BACA JUGA: Cara Guna Aplikasi UPUPocket


