Permohonan Kemasukan IKBN 2024 Online IKTBN AKBG (ILKBS). Berminat melanjutkan pengajian ke IKBN? Panduan buat belia-belia yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) bagi kemasukan ke IKBN, IKTBN dan AKBG ambilan Sesi 1 2023 dibuka pada 18 November hingga 18 Disember 2022. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi portal rasmi UPU atau terus ke eKampus.
IKBN adalah satu institusi kemahiran di bawah Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG). Terdapat beberapa IKBN yang ditawarkan di seluruh Malaysia.
Permohonan Kemasukan IKBN 2024 Online IKTBN AKBG (ILKBS)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang kemasukan ke IKBN termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan aplikasi permohonan :
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Belia telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun 1964. Penubuhan IKBN adalah bertujuan untuk menangani masalah pengangguran dengan menawarkan program latihan kemahiran di kalangan belia tercicir.
Tarikh Kemasukan ke ILKBS 2024
SESI 1 2023
- Tarikh Permohonan : 18 November – 18 Disember 2022
- Temuduga Kursus : 20 Disember – 23 Disember 2022
- Semakan Keputusan : 7 Januari 2023
- Pengesahan Terima/ Tolak Tawaran : 7 Januari – 20 Januari 2023
- Pendaftaran : 6 Februari 2023
Syarat Kemasukan ILKBS 2024
Antara syarat-syarat kemasukan ke ILKBS adalah seperti berikut :
- Calon adalah warganegara Malaysia
- Boleh membaca dan menulis
- Pemohon berusia 18-30 tahun
- Belum berkahwin atau bujang
- Sihat tubuh badan
Nota : Nak makluman lanjut tentang syarat kemasukan sila ke laman https://upuonline.net/syarat-kemasukan-ikbn/
Program Yang Ditawarkan di ILKBS
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/DKM/DLKM) Tahap 1-5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
Cara Permohonan Kemasukan IKBN Online
1. Permohonan hanya boleh dibuat secara ‘On-Line’ sahaja iaitu melalui laman web https://ekampus.kbs.gov.my/
2. Di bahagian menu atas, klik pautan Daftar Sebagai Pemohon.
3. Isi semua maklumat yang diperlukan untuk pendaftaran. Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik butang Daftar.
4. Setelah pendaftaran berjaya, pemohon boleh log masuk ke dalam Sistem eKAMPUS.
5. Layari Sistem eKAMPUS, di bahagian menu atas, klik pautan Log Masuk.
6. Masukkan No. KP Pemohon dan kata laluan yang telah didaftarkan.
7. Klik butang Log Masuk.
8. Bagi permohanan baru, pada bahagian menu atas, klik pautan Menu dan dalam submenu Permohonan Baru, klik menu Program Lepasan SPM/SKM/ST.
9. Pilih Sesi Pengambilan 201701, dan dalam ruangan Tindakan, klik pautan POHON.
10. Dalam tab Profil, isi maklumat profil pemohon. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
11. Dalam tab Alamat, isi maklumat alamat. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
12. Dalam tab Akademik, masukkan maklumat akademik. Bahagian Akademik ini bergantung samada anda pilih Lepasan SPM atau Lepasan SKM dalam ruangan Status Pemohon semasa mengisi bahagian Profil. Klik butang Simpan dan Seterusnya.
13. Dalam tab Kursus, masukkan pilihan Kursus pertama, kedua dan ketiga.
14. Semak dan pastikan semua maklumat telah diisi dengan betul sebelum klik butang Hantar Permohonan.
15. Apabila kembali ke skrin Sesi Pengambilan, dalam ruangan Tindakan, status permohonan PERMOHONAN DITERIMA dipaparkan.
16. Pemohon boleh klik pada pautan PERMOHONAN DITERIMA dan dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan sehingga tarikh permohonan ditutup.
Semakan Keputusan Permohanan IKBN 2024
Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web https://ekampus.kbs.gov.my/
NOTA: Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Semakan Keputusan IKBN
Untuk mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi :
Bahagian Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Menara KBS,
No 27 Persiran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
E-mel : kemahiran.kbs.gov.my
No. Tel : 03 88713685/ 03 88713646/ 03 88713683
No. Faks : 03-88888785
BACA JUGA: Senarai Lokasi dan Kursus IKBN
Saya nak masuk