Aplikasi UPUPocket 2.0 Panduan Permohonan dan Semakan UPU. Berminat melanjutkan pengajian ke IPTA? Berita baik buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan Kolej Komuniti, dimana kini permohonan UPU sesi akademik 2024/2025 dibuka mulai 29 Februari 2024. Untuk makluman menerusi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM memperkenalkan satu aplikasi mobile iaitu UPUPocket yang membolehkan pelajar lepasan SPM dan STPM memilih kursus yang tepat dengan kelulusan mereka. Kini, aplikasi UPUPocket telah dinaikkan taraf kepada UPUPocket 2.0 mulai tahun 2019.
UPUPocket adalah satu aplikasi telefon mudah alih yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan membantu pelajar termasuk ibu bapa/penjaga mendapatkan maklumat kemasukan Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).
Aplikasi UPUPocket 2.0 Panduan Permohonan dan Semakan UPU
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan permohonan dan semakan UPU menerusi UPUPocket sebagai panduan buat pemohon :
Kegunaan Aplikasi UPUPocket
A. Semakan Status UPU
Pengguna boleh membuat semakan status UPU, status kelayakan kemasukan, keputusan dan rayuan permohonan.
B. e-Panduan
Dalam bahagian e-Panduan diberikan informasi tentang panduan permohonan dan syarat kelayakan kemasukan UA bagi lepasan SPM/ setaraf dan STPM/ setaraf termasuk TVET dan carian program.
C. Tarikh Penting
Aplikasi ini turut memaparkan tarikh-tarikh penting permohonan UPU termasuk tarikh temuduga, keputusan dan rayuan permohonan.
D. Aduan
Para pengguna boleh menghubungi staf pentadbiran UPU sekiranya mereka mempunyai sebarang maklum balas atau aduan berkaitan status.
E. Alamat UA
Dalam aplikasi ini juga akan memaparkan senarai alamat dan nombor telefon Universiti Awam di Malaysia.
F. Hubungi BPKP
Maklumat lanjut tentang permohonan UPU boleh hubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).
Cara Muat Turun Aplikasi UPUPocket 2.0
Bermula pada tahun 25 Februari 2019, aplikasi UPUPocket telah dinaiktaraf kepada versi terbaru UPUPocket 2.0. Pemohon boleh memuat turun aplikasi UPUPocket menerusi Google Play bagi Android dan Appstore bagi iOS atau menerusi pautan rasmi UPU.
Untuk keterangan lanjut boleh emel ke upu@mohe.gov.my atau hubungi di talian 03-8684 2363.