Permohonan Universiti Tun Hussein Onn 2023 Online (Sarjana Muda)

Permohonan Universiti Tun Hussein Onn 2023 Online (Sarjana Muda). Berminat menyambung pengajian di UTHM? Panduan buat lepasan STPM atau Diploma/ Setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Awam ambilan 2022/2023. Untuk makluman menerusi portal UTHM, tawaran Kemasukan ke Program Sarjana Muda UTHM Semester II sesi akademik 2022/2023 bagi calon lepasan STPM dan Diploma telah dibuka permohonan daripada 10 November hingga 5 Disember 2022. Pemohon boleh membuat permohonan kemasukan UTHM secara online di laman web http://wapps.uthm.edu.my/intake/.

Permohonan Universiti Tun Hussein Onn 2023 Online (Sarjana Muda)

Permohonan Universiti Tun Hussein Onn 2023 Online (Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke UTHM termasuk memaparkan tarikh penting, syarat dan aplikasi permohonan :

Tarikh Permohonan : 10 November – 5 Disember 2022

Universiti Tun Hussein Onn atau ringkasnya UTHM adalah merupakan sebuah Universiti Awam di Malaysia yang terletak di Batu Pahat, Johor. Ianya ditubuhkan untuk mengkhususkan dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan awam dan alam sekitar, sains komputer dan teknologi maklumat serta banyak lagi.

Syarat Kemasukan UTHM 2023

Antara syarat-syarat kemasukan ke Universiti Tun Hussein Onn ambilan 2023 :

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki STPM/ Diploma berkaitan.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat Kepujian (C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah.
  • Memenuhi syarat minimum program yang ditawarkan.
  • Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon.
  • Tidak pernah disabit kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah.

Cara Memohon Kemasukan UTHM 2023 Online

Permohonan UTHM adalah secara dalam talian di laman sesawang https://wapps.uthm.edu.my/intake/

Nota : Pemohon hendaklah memuatnaik dokumen berkaitan ke dalam sistem permohonan. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan permohonan anda gagal.

Semakan Keputusan Kemasukan UTHM 2023 Online

Bagi pemohon yang telah membuat permohonan UTHM ambilan Mac, anda boleh menyemak keputusan permohonan di laman web UTHM bermula pada 16 Februari 2023. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 20 Mac 2023 adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Sebarang pertanyaan lanjut tentang kemasukan UTHM, sila hubungi :

Pejabat Pengurusan Akademik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja
Batu pahat
Johor

No tel : 07-453 7696/7375/7689/7690/7687/7683
No fax : 07-453 6085
Email : ppa@uthm.edu.my
URL : https://wapps.uthm.edu.my/intake/

BACA JUGA : Senarai Universiti Awam Pengambilan Kedua 2023

Leave a Reply