Pendaftaran e-Tunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus Kredit RM200). Nak tebus e-Tunai Belia Rahmah RM200? Berita baik buat belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT). Untuk makluman, Kementerian Kewangan (MoF) telah mengumumkan pendaftaran dan tuntutan bantuan eBelia Rahmah boleh dibuat bermula daripada 26 Jun hingga 22 Ogos 2023 manakala tempoh perbelanjaan secara ‘offline’ adalah sehingga 31 Ogos 2023. Bagi belia warganegara Malaysia yang layak boleh mendaftar untuk menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai secara one-off dengan salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-wallet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.
Bantuan eBelia Rahmah merupakan inisiatif tahunan kerajaan yang pernah ditawarkan sebelum ini dalam Belanjawan 2022 (e-Pemula). Kerajaan telah memperuntukkan RM400 juta bagi program eBelia Rahmah di bawah Belanjawan 2023 yang akan memanfaatkan seramai 2 juta belia yang layak. Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Pendaftaran e-Tunai Belia Rahmah 2023 (Cara Tebus Kredit RM200)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang e-Tunai Belia Rahmah termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, cara daftar dan penebusan kredit RM200:
Tarikh Daftar eTunai Belia Rahmah 2023
Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 sebanyak RM200 boleh ditebus mulai hari Isnin, 26 Jun 2023 jam 8:00 pagi.
Syarat Kelayakan eTunai Belia Rahmah 2023
Antara syarat-syarat kelayakan eTunai Belia Rahmah 2023 adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 18 ke 20 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
3. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi di Malaysia;
4. Data pemohon akan disemak silang dengan institusi pendidikan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.
Cara Memohon Dan Penebusan e-Tunai Belia Rahmah 2023
1. Penebusan kredit eBelia Rahmah boleh dibuat dengan memuat turun salah satu platform e-dompet berikut dari Apple Store, Google Playstore atau Huawei AppGallery;
- Boost
- Touch ‘n Go eWallet
- Setel
2. Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut. Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti secara electronic Know-Your-Customer (eKYC).
3. Isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar” di aplikasi e-dompet yang telah dimuat turun.
4. Status tuntutan akan dimaklumkan dalam masa 3 hari.
NOTA: Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBelia Rahmah sekali daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja.
Soalan Lazim Tentang eBelia Rahmah
1. Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBelia Rahmah tersebut?
Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBelia Rahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit atau perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
2. Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBelia Rahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut
Untuk keterangan lanjut sila layari ke laman web https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/ebeliarahmah.html atau hubungi di talian 03-8882 4666.
BACA JUGA: Semakan Bayaran STR 2023 Fasa 3