Cara Daftar Dan Aktifkan ShopeePay 2024 (Top Up). Anda suka membeli belah secara dalam talian di Shopee? Panduan buat pengguna yang ingin membuat pembayaran menggunakan ShopeePay. Untuk makluman, Shopee telah memperkenalkan satu fungsi baharu iaitu ShopeePay yang berperanan sebagai transaksi dalam talian dalam Shopee dan menerima atau memindahkan bayaran kepada kenalan anda atau mengeluarkan dana ke akaun bank. Pendaftaran akaun ShopeePay boleh dibuat secara online melalui laman web https://www.shopee.com.my atau aplikasi Shopee.
Cara Daftar Dan Aktifkan ShopeePay 2024 (Top Up)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang pendaftaran ShopeePay termasuk memaparkan kelebihan, cara daftar, aktifkan dan tambah nilai:
Apa Itu ShopeePay?
ShopeePay merupakan satu e-Wallet yang berfungsi untuk pembayaran dalam talian apabila membeli-belah dengan kedai e-dagang. Selain itu, ShopeePay juga boleh menambah nilai atau keluarkan dana ke akaun bank.
Cara Pendaftaran Dan Aktifkan ShopeePay
- Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui pautan https://shopee.com.my/ atau muat turun aplikasi Shopee.
- Pergi ke ikon ‘ShopeePay’ di homepage Shopee.
- Masukkan butiran peribadi seperti nama dan nombor kad pengenalan.
- Kemudian, cipta nombor PIN untuk pengesahan.
- Pembayaran menggunakan ShopeePay boleh digunakan apabila ia diaktifkan dan ditambah nilai.
NOTA: Bagi mengaktifkan ShopeePay Premium, pengguna perlu memuatnaik gambar myKad dan gambar selfie bersama myKad ke dalam aplikasi.
Cara Top Up Akaun ShopeePay
Untuk menambah nilai ShopeePay boleh dibuat dengan beberapa cara iaitu melalui kad kredit atau debit, Maybank2U, perbankan dalam talian dan secara tunai di kedai serbaneka yang mengambil bahagian.
Cara Keluarkan Wang Dari ShopeePay
Selagi anda telah menambahkan akaun bank ke ShopeePay, dan telah mengesahkan identiti anda dengan apl tersebut, anda akan dapat mengeluarkan dana yang telah anda masukkan ke dalam akaun ShopeePay anda, wang yang dihantar kepada anda oleh pengguna Shopee lain atau wang dikembalikan kepada anda daripada peniaga.
- Pilih Pengeluaran dalam ShopeePay.
- Klik yang ingin anda keluarkan.
- Masukkan jumlah pengeluaran dan klik seterusnya.
- Sahkan dan masukkan PIN ShopeePay anda untuk pengesahan.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi di talian 03-27779222.
BACA JUGA: Cara Mendaftar Boost