Permohonan UiTM 2024 Kemasukan Sesi 2 (Sarjana Muda/ Profesional). Panduan buat pelajar lepasan Diploma, STPM dan Setaraf yang berminat untuk menyambung pengajian tinggi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Untuk makluman menerusi laman rasmi UiTM, permohonan kemasukan Program Sarjana Muda UITM bagi sesi 2 2024 dibuka mulai 31 Oktober hingga 30 November 2022. Manakala kemasukan bagi program Profesional bermula pada 31 Oktober 2022 hingga 29 Januari 2023. Permohonan ini boleh dibuat terus ke laman web UiTM https://online.uitm.edu.my.
Permohonan ini dibuka bagi Program Asasi Undang-Undang UiTM, Program Diploma dan Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina di Universiti Teknologi MARA. Terdapat 72 program diploma yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM/Setaraf. Selain UiTM, terdapat beberapa lagi Universiti Awam (UA) yang lain turut menawarkan program untuk pengambilan second intake iaitu UUM, UTHM, UIAM dan UPSI.
Permohonan UiTM 2024 Kemasukan Sesi 2 (Sarjana Muda/ Profesional)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan kemasukan ke UITM termasuk memaparkan tarikh penting, syarat kelayakan dan aplikasi permohonan :
Tarikh Permohonan UiTM Sesi 2 2024
- 31 Oktober – 30 November 2022 : Tarikh buka bagi Sarjana Muda
- 31 Oktober 2022 – 29 Januari 2023 : Tarikh buka bagi program Profesional
Syarat Kemasukan UiTM 2023
Antara syarat-syarat kemasukan Universiti Teknologi MARA bagi lepasan Diploma dan STPM/ Setaraf adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain.
3 Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan setaraf dan diluluskan oleh Senat Universiti.
4. Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi Undang-Undang KPTM dengan sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00.
5. Mengambil Malaysian University English Test (MUET).
ARTIKEL BERKAITAN : Semakan Syarat Kelayakan UiTM Online
Senarai Program Pengajian & Kategori Permohonan UiTM
SARJANA MUDA
- 164 Program
- Unik ID BSN : RM17.00
- Lepasan STPM, Matrikulasi, STAM, Asasi UiTM, Asasi Sains UM, Diploma UiTM, Diploma Vokasional
PENERAPAN
- 164 Program
- Unik ID BSN : RM10.00
- Bagi Semester Akhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda & Semester Akhir Asasi Undang-Undang UiTM ke Sarjana Muda
PROFESIONAL
- 2 Program
- Unik ID BSN : RM17.00
- Bagi AC151 – ACCA Foundation in Accounting (ACCA FIA) (UK) & AC551 – The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK)
Cara Permohonan UiTM Sesi 2 Online
1. Permohonan boleh dibuat secara online di laman web https://online.uitm.edu.my/
2. Isi maklumat dengan lengkap dan pilih bidang pengajian yang diminati.
3. Menekan butang HANTAR setelah selesai mengisi borang permohonan untuk memastikan permohonan anda adalah muktamad.
Nota : Sila mencetak borang permohonan tersebut untuk simpanan masa akan datang.
Untuk pertanyaan tentang pengambilan sila hubungi di talian :
Unit Sarjana Muda
No. Tel : 03-5544 3174/3195/3198/2798/3277
Emel Unit Sarjana Muda: pengambilan.sarjanamuda@uitm.edu.my
Unit Diploma dan Profesional
No. Tel : 03-5544 3194/ 3196/ 8067
Emel Unit Diploma dan Profesional : pengambilan.diploma@uitm.edu.my
BACA JUGA: UiTM Student Portal : Jadual Kelas, Pendaftaran Kursus & Semak Keputusan
Uitm mohon 2019/2020 bila buka?