Punca Gagal Permohonan UPU. Anda pemohon kemasukan ke Universiti Awam? Perhatian buat pelajar lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah membuat permohonan UPUOnline kemasukan ke UA/ IPTA. Untuk makluman, semakan keputusan kemasukan UA boleh dibuat secara online di laman web rasmi UPU. Tahukah anda rata-rata pemohon gagal mendapat tempat di universiti awam walaupun memperolehi keputusan SPM yang cemerlang. Apakah punca atau sebab pemohon gagal dalam permohonan UPU?
Punca Gagal Permohonan UPU
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang punca atau sebab permohonan UPU anda gagal dalam tawaran kemasukan ke UA/ IPTA :
1. Tidak Menetapi Syarat Khusus Program Yang Dipohon
Sebelum pemohon mengisi borang permohonan UPUOnline pastikan perkara utama yang perlu diambil kira adalah syarat program yang dipohon. Untuk makluman, syarat am kemasukan ke UA adalah wajib mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kredit dalam mana-mana subjek termasuk Bahasa Melayu dan Sejarah.
Sekiranya khusus yang diambil tidak memenuhi syarat am ditetapkan oleh pihak UPU, maka anda tidak layak diterima dari mana-mana universiti awam. Tetapi, peluang anda masih terbuka dengan permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), GIATMARA dan banyak lagi.
2. Menolak Tawaran dan Memohon Semula Melalui e-Rayuan
Pemohon menolak tawaran yang telah ditawarkan oleh UPU, kemudian anda membuat semula e-rayuan adalah merupakan salah satu faktor permohonan UPU ditolak. Sepertimana anda perlu rahu bahawa permohonan e-rayuan hanya dibuka kepada pemohon yang langsung tidak ditawarkan UPU.
3. Gagal Dalam Sesi Temuduga
Bagi permohonan program yang memerlukan anda menghadiri sesi temuduga misalnya program perguruan, anda semestinya kena lulus temuduga berkenaan. Sekiranya anda gagal dalam temuduga, secara automatiknya permohonan UPU anda juga gagal.
4. Dokumen Yang Perlu Disertakan Tidak Lengkap
Bagi calon yang membuat permohonan UPUOnline sudah tentunya anda perlu sertakan dokumen-dokumen penting misalnya sijil SPM, keputusan MUET, transkrip dan banyak lagi untuk dimuat turun. Sekiranya tidak sertakan dokumen lengkap yang telah dicop dan disahkan, maka permohonan anda akan digagalkan.
Sebarang pertanyaan tentang UPUOnline, sila hubungi talian helpline UPU di 03- 8870 8200 atau layari laman web UPU di http://upu.mohe.gov.my.
BACA JUGA : Permohonan Rayuan UPU Ke IPTA & Politeknik
Saya merupakan pemohon yang gagal upu sesi 2018. saya tidak tqhu punca kegagalan saya. Saya harap pihak upu dapat membantu saya dalam masalah ini?
Cuba rujuk upu
Saya pun mempunyai masalah yang sama iaitu tidak tahu punca kegagalan. Harap upu lebih telus apabila menolak tawaran dengan menyatakan punca yang spesifik dan tidak hanya menyenaraikan antara sebab-sebab kegagalan untuk pemohon yang gagal memecah kepala untuk mencari punca kegagalan. Fikirlah…jangan hanya hendak memudahkan urusan kerja anda sahaja….jika ada antara kami yang layak diketepikan disebabkan kelemahan anda yang mengendalikan sistem ini…macam mana? Anak- anak anda mungkin bernasib baik sebab anda yang kendalikan sistem ini..tapi anak orang lain? Semoga Allah merahmati anda.
MOHD ZULFAZLIE BIN MOHD JUH@MADJUH
NOM IC:000331120489
NOM PHONE 0197430665
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ingin melanjutkan pengajian di Universiti Awam saya merayu kepada pihak UPU untuk menetapkan sya d mana mana Universiti Awam dan membantu saya untuk jadi pelajar siswa. Dan saya merayu supaya saya d terima dalam bidang perakaunan atau perbankkan atau kesenian saya merayu sangat sangat kepada pihak UPU untuk membantu saya meneruskan pengajian d Universiti Awam. Saya harap ada maklumbalas daripada Pihak UPU.
Assalammualaikum Dan Salam sejahtera. Saya ingin membuat rayuan untuk melanjutkan pelajaran saya keperingkt tertinggi di university awam atau politeknik bagi membantu untuk mengapa cita-cita saya sebagai anak bangsa yang merdeka.Saya tidak tahu punca sebenar kegagalan saya. Berkali kali saya cuba untuk menghubungi pihak tuan sehingga sekarang tapi GAGAL sama sekali. Saya berharap sangat agar pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.