Pendaftaran Dan Login STAMPS LHDN Online (Bayaran Duti Setem). Nak buat bayaran duti setem? Panduan buat rakyat Malaysia yang ingin membuat pembayaran duti setem dengan mudah. Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memperkenalkan Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem atau Stamp Assessment And Payment System (STAMPS) untuk memudahkan pengguna membuat permohanan tafsiran dan pembayaran duti setem secara dalam talian. Bagi pengguna yang mempunyai nombor cukai pendapatan boleh membuat pendaftaran akaun melalui portal https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter duti setem.
Pendaftaran Dan Login STAMPS LHDN Online (Bayaran Duti Setem)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang STAMPS LHDN termasuk memaparkan jenis penyeteman, cara daftar, log masuk dan bayaran duti setem:
Apa Itu STAMPS?
Stamp Assessment And Payment System atau ringkasnya STAMPS merupakan sistem yang digunakan oleh LHDNM untuk semua urusan taksiran dan bayaran duti setem bagi menggantikan Sistem Frangki Digital 2.0 (DFS 2.0) yang digunakan sebelum ini di semua Pejabat Setem Cawangan (PSC), Pejabat Satelit, Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).
Kaedah Penyeteman LHDNM
Terdapat beberapa kaedah penyeteman di bawah Akta Setem 1949 seperti berikut;
a. Resit/ Sijil Setem
b. Setem Tertera (frangki)
c. Setem Hasil
d. Resit KEW 38
e. Duti Kompaun
Senarai Jenis Penyeteman
- Pindah Milik Harta Tanah – Borang 14A, Deed of Assignment, Memorandum of Transfer
- Pindah Milik Saham – Borang Pindah Milik Saham (Section 105 Form Of Transfer Of Securities)
- Pindah Milik Perniagaan – Perjanjian Pindah Milik Perniagaan
- Sekuriti – Perjanjian Kontrak/ Perkhidmatan (Service)/ Perjanjian Pinjaman/ Lesen/ Hire Purchase/ Bank Guarantee/ Bond/ Sewa Peralatan/ Sewa mesin/ Sewa harta alih
- Sewa / Pajakan – Perjanjian sewa bilik, rumah, pejabat, kilang, tanah kosong, harta tak alih/ Perjanjian Pajakan Tanah
- Penyeteman Am – Perjanjian Am, Akuan Berkanun, Perkongsian, Employment Contract dan lain-lain perjanjian selain daripada kategori di atas dan dikenakan duti tetap
Cara Pendaftaran Akaun STAMPS LHDN Online
A. Individu Persendirian
- Pendaftaran STAMPS bagi individu boleh dibuat dengan layari ke portal STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my dan halaman utama STAMPS akan dipaparkan.
- Klik menu DAFTAR ID DI SINI untuk membuat pendaftaran pengguna baharu dan paparan Pendaftaran Pengguna Baharu.
- Pada pilihan Pendaftaran Pengguna Baharu, klik pautan INDIVIDU untuk membuat pendaftaran pengguna Individu dan paparan skrin Daftar Pengguna Individu Baharu.
- Pilih Status Warganegara, Jenis Pengenalan Diri dan No. Pengenalan Diri. Jika Status Warganegara adalah Penduduk Tetap/Bukan Warganegara, pilih Negara Asal dan klik butang Semak.
- Di skrin Maklumat Pendaftaran, individu perlu lengkapkan maklumat berikut dengan maklumat yang terkini.
- Jika semua maklumat telah diisi dengan lengkap dan betul, klik butang Seterusnya.
- Semak maklumat di skrin Pengesahan Pendaftaran dan masukkan 6 aksara kod pengesahan.
- Klik butang Hantar. Skrin Perakuan Maklumat akan dipaparkan.
- Isi No Pengenalan Diri, Emel dan klik tickbox perakuan bagi mengesahkan maklumat pendaftaran.
- Klik butang Ya. Makluman pendaftaran telah berjaya akan dipaparkan.
- Klik butang Cetak Slip Pendaftaran untuk memaparkan Slip Pendaftaran Permohonan ID Individu STAMPS.
- Sila semak emel dan klik pautan pengaktifan ID.
- Log masuk ke STAMPS dengan menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan.
B. Pengguna Syarikat
- Pendaftaran STAMPS bagi syarikat boleh dibuat dengan layari ke portal STAMPS di https://stamps.hasil.gov.my dan halaman utama STAMPS akan dipaparkan.
- Klik menu DAFTAR ID DI SINI untuk membuat pendaftaran pengguna baharu dan paparan Pendaftaran Pengguna Baharu.
- Pada pilihan Pendaftaran Pengguna Baharu, klik pautan PENGGUNA SYARIKAT untuk membuat pendaftaran pengguna Ejen Admin dan paparan skrin Daftar Pengguna Baharu.
- Klik butang Seterusnya dan paparan Borang Pendaftaran Ejen Admin.
- Pilih ruang Kategori Firma dan klik butang Seterusnya. Sistem akan paparkan Borang Pendaftaran ID Pengguna.
- Isi ruang-ruang wajib bertanda (*).
- Klik butang Seterusnya untuk meneruskan proses pendaftaran dan sistem akan terus ke tab Lampiran.
- Di tab Lampiran, muat naik fail yang diperlukan dalam format .pdf,.jpg, .png, atau .gif.
- Klik butang Seterusnya untuk simpan maklumat yang telah diisi dan sistem akan terus ke tab Pengesahan.
- Klik butang Daftar Permohonan untuk teruskan proses pendaftaran dan kotak Pengesahan Captcha.
- Klik butang OK untuk teruskan proses pendaftaran dan pemakluman pendaftaran telah berjaya dilakukan.
- Klik butang cetak untuk simpan Pengesahan Pendaftaran.
Cara Bayaran Duti Setem Online & Manual
A. Secara online
Bayaran boleh dibuat secara online melalui FPX dengan melayari portal ByrHASiL di pautan https://byrhasil.hasil.gov.my/ atau Bill Payment melalui CIMB BizChannel/ Public Bank.
B. Bayaran di kaunter Duti Setem
Pembayaran dibuat kepada PEMUNGUT DUTI SETEM.
- Tunai
- Bank Draf
- Cek Anak Guam (Firma Guaman)
- Wang Pos
- Kiriman Wang
- Setem Hasil (tidak melebihi RM500)
Untuk sebarang pertanyaan, sila menghubungi Pejabat Setem Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil LHDNM atau emel kepada stamps@hasil.gov.my
BACA JUGA: