Program Sarapan Pagi 2020 : Tarikh Mula & Senarai Sekolah. Bilakah tarikh mula Program Sarapan Pagi? Program Sarapan Pagi fasa pertama 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 melibatkan 100 buah sekolah daripada seluruh Malaysia dengan lebih kurang 37,000 orang murid dan 1,600 bertugas setiap hari. Pelaksanaan Program Sarapan Pagi (PSP) fasa pertama akan menggunakan menu makanan berkonsepkan Grab n Go yang terdiriĀ daripada minuman produk tenusu/ minuman berkhasiat dan makanan ringkas seperti roti, snek bijirin, sandwich, kuih, biskut, buah-buahan atau telur rebus.
![Program Sarapan Pagi 2020 : Tarikh Mula & Senarai Sekolah](https://i0.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2020/01/PicsArt_01-01-11.12.36.jpg?fit=680%2C329&ssl=1)
Waktu pelaksanaan Program Sarapan Pagi adalah antara jam 7.00 hingga 8.30 pagi bagi persekolahan sesi pagi dan jam 1.00 hingga 4.00 petang bagi persekolahan sesi petang mengikut ketetapan pengurusan sekolah.
Program Sarapan Pagi 2020 : Tarikh Mula & Senarai Sekolah
Program Sarapan Pagi atau ringkasnya PSP di sekolah rendah merupakan inisiatif baharu daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menyediakan makanan yanv berkhasiat mengikut nilai kalori dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan murid mengamalkan amalan sarapan, gaya hidup sihat serta merangsang proses tumbesaran.
Pemilihan 100 buah sekolah dalam perlaksanaan fasa pertama dilaksanakan berdasarkan kepada keutamaan yang diberikan kepada sekolah-sekolah yang mempunyai peratus tertinggi murid dan golongan berpendapatan rendah (B40) di setiap negeri. Selain itu, turut mengambil kira semua jenis sekolah iaitu SK, SJKC dan SJKT.
![Program Sarapan Pagi 2020 : Tarikh Mula & Senarai Sekolah](https://i1.wp.com/upuonline.net/wp-content/uploads/2020/01/PicsArt_01-01-11.15.28.jpg?fit=680%2C904&ssl=1)
Pemilihan sekolah juga adalah berkadar dengan jumlah bilangan sekolah yang melaksanakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam setiap negeri.
Sumber : MOE