Permohonan dan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2024 Online (WPP)

Permohonan dan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2024 Online (WPP). Panduan buat pelajar yang mendapat tawaran kemasukan ke UA/ IPTA tahun 2024. Sudah pastinya di antara calon yang memerlukan bantuan kewangan atau pinjaman pelajaran untuk pembayaran yuran pengajian. Berita baik buat pelajar dimana anda boleh memohon pinjaman pendidikan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Permohonan dan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2024 Online (WPP)

Apa itu Wang Pendahuluan Pinjaman? Wang Pendahuluan Pinjaman atau ringkasnya WPP adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dari jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik selama tiga semester ke hadapan sebaik sahaja pelajar menerima pinjaman.

Permohonan dan Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN 2024 Online (WPP)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN termasuk memaparkan syarat kelayakan, cara permohonan, proses penerimaan dan semakan WPP :

Syarat Kelayakan Permohonan WPP

Pelajar yang layak memohon adalah yang memenuhi kriteria berikut :-

i. Ibu Bapa/ Penjaga/ Pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).

ii. Pelajar adalah warganegara Malaysia.

iii. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam dan Politeknik.

iv. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP.

v. Tidak pernah menerima WPP.

Cara Permohonan WPP PTPTN Online

  1. Anda hendaklah membuat persetujuan menerima WPP semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
  2. Waran diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik dalam peringkat Diploma dan Ijazah Pertama melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar dalam tempoh dua (2) minggu sebelum pendaftaran.
  3. Anda dikehendaki hadir di mana-mana kaunter CIMB Bank dengan membawa bersama MyKad dan waran WPP.

Cara Semak Status Permohonan WPP PTPTN Online

Semakan status permohonan WPP boleh dibuat secara online menerusi laman web rasmi PTPTN http://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/.

Nota : Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

Kaedah Menunaikan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN

1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sah laku tawaran adalah dua bulan daripada tarikh dikeluarkan.

2. Tawaran Wang Pendahuluan Pinjaman hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
  • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Nota : Pemotongan sebanyak RM500 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi di talian :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

BACA JUGA :

One Response

  1. sures November 17, 2018

Leave a Reply