Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2020

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2020. Apakah tajuk kerja kursus Geografi PT3 2020? Panduan buat pelajar Tingkatan 3 yang ingin menyiapkan tugas kerja kursus Geografi PT3, dimana tajuk tugasan yang diberikan berjudul ‘Kajian Guna Tanah di Kawasan Tempat Tinggal atau Sekolah Anda’. Menurut daripada jadual peperiksaan PT3, calon perlu menyiapkan tugasan Geografi ini dari 8 Julai sehingga 27 Julai 2018. Pelajar dikehendaki membuat kerja kursus Geografi PT3 dengan sendiri tanpa meniru atau plagariat.

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2020

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang panduan membuat Kerja Kursus Geografi PT3 termasuk memaparkan contoh jawapan dan isi-isi penting :

○ Tarikh Tugasan : Mulai 8 Julai sehingga 27 Julai 2018

Tajuk Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2020

○ 2018 : Kajian Guna Tanah di Kawasan Tempat Tinggal atau Sekolah Anda

○ 2017 : Kajian Peta

○ 2016 : Kajian Kes Tentang Pengangkutan Di Tempat Tinggal/ Sekolah Anda

Cara Menyiapkan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3 2020

1. Pendahuluan / Pengenalan

2. Objektif Kajian

3. Kaedah Kajian

4. Dapatan Kajian

○ Jenis guna tanah

○ Faktor pengaruhi guna tanah

Kesan guna tanah terhadap alam sekitar

5. Potensi

6. Halangan

7. Cadangan

8. Rumusan

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 (Lengkap)

○ Contoh Kerangka Kasar

Tajuk Kajian Dan Butiran Calon

       KAJIAN GUNA TANAH DI KAWASAN TEMPAT TINGGAL / SEKOLAH ANDA

Ditulis oleh: ______________

Tingkatan: _____________

No. Kad Pengenalan: _____________

Angka Giliran: _________________

Senarai Kandungan Tugasan Kerja Kursus Geografi PT3

BIL    ISI KANDUNGAN              MUKA SURAT

1.       Penghargaan                                1

2.       Pendahuluan/Pengenalan         2

3.       Objektif Kajian                             3

4.       Kawasan Kajian                          4

5.       Kaedah Kajian                             5

i. Kaedah Pemerhatian

ii. Kaedah Temubual

6.       Dapatan Kajian                           6

○ Melukis dan mentaksir peta

lakar yang menunjukkan taburan

guna tanah di kawasan kajian

○ Jenis guna tanah

○ Faktor pengaruhi guna tanah

○ Kesan guna tanah terhadap alam

sekitar

7.       Rumusan                                      7

8.       Lampiran                                     8

○ Borang Soal Selidik

9.       Rujukan                                        9

Penghargaan

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi ……. dengan jayanya. Insya Allah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu ……………. kerana membenarkan saya menjalankan kerja kursus Geografi dengan jayanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada………iaitu guru geografi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa

saya iaitu ayahanda ……..dan bonda …… yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.

Sekian, terima kasih.

Pendahuluan

Saya Siti Zabedah binti Ismail dari kelas 3 Cempaka telah menghasilkan Kerja Kursus Geografi PT3 2018 ini. Kawasan kajian yamg dipilih ialah ………, Petaling Jaya. Kawasan ini juga berdekatan dengan rumah/sekolah saya. Hal ini telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat kajian selepas waktu

persekolahan. Tempoh masa kajian dijalankan ialah enam waktu pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa ini, saya mesti menyiapkan projek ini dan menghantarkannya pada masa yang ditetapkan supaya boleh diberi penilaian oleh guru penilai saya.

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut :

1. Latar belakang ciri fizikal dan budaya kawasan kajian.

2. Melukis dan mentafsir peta lakar di kawasan kajian.

3. Lorekkan kawasan taburan guna tanah dan menghuraikan satu jenis guna tanah utama di kawasan tersebut.

4. Menghuraikan kesan guna tanah terhadap alam sekitar yang dikaji di kawasan berlorek.

5. Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah yang terdapat di kawasan berlorek.

6. Menyediakan laporan hasil kajian.

Kaedah Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, sebanyak 4 kaedah kajian yang diambil untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan bersistematik.

i. Kaedah analisis dokumen

Saya juga turut merujuk dokumen dari ……………………………. untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

ii. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya juga turut mengunjungi perpustakaan ………………………….untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

iii. Muat turun internet

Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

iv. Temubual

Kaedah yang saya jalankan dalam menyiapkan kerja kursus ini antaranya ialah dengan menggunakan kaedah lisan iaitu melalui temubual dengan orang sumber saya yang sememangnya pakar tentang………………… Beliau banyak memberi maklumat tentang ……………….

Dapatan Kajian

Latar Belakang Kawasan Kajian Petaling Jaya ‘Old Town’

Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya dalam kerja kursus Geografi PT3 2018 adalah Petaling Jaya ‘Old Town’. Tempat ini asalnya sebuah ladang getah bernama The Effingham Estate yang seluas 486 hektar. Pada awal tahun 50-an, bagi mengatasi masalah kesesakan akibat pertambahan penduduk di Kuala Lumpur, daerah Petaling Jaya diwujudkan sebagai Bandar Satelit Kuala Lumpur. Petaling Jaya yang terletak di antara Shah Alam dan Kuala Lumpur, hari ini telah menjadi Bandar yang termaju di Negeri Selangor. Rata-rata penduduk adalah pelbagai kaum yang terdiri daripada keluarga berpendapatan sederhana kepada keluarga berpendapatan tinggi dengan purata umur 40 tahun. Kebanyakkan daripada mereka adalah golongan professional, doktor, pensyarah, ahli politik, guru, ahli peniaga dan penjaja.

Guna Tanah di Kawasan Kajian 

Ciri-ciri fizikal yang terdapat di kawasan Petaling Jaya ‘Old Town’ adalah seperti berikut.

Di sebelah barat kawasan Petaling Jaya adalah bertanah tinggi dan berhutan. Di sebelah timur pula yang bertanah pamah adalah lebih rendah. Di sebelah utara pula terdapat tasik semula jadi iaitu Tasik Taman Jaya. Kawasan ini juga direntasi oleh beberapa anak sungai yang kecil yang hari ini telah menjadi parit. Terdapat juga beberapa tanah lapang terbiar seperti di persimpangan Jalan Gasing dan Jalan Templer, di Seksyen 4 dan Lorong Utara Kecil.

Ciri-ciri budaya yang terdapat di kawasan Petaling Jaya ‘Old Town’ adalah seperti berikut.

Petempatan di Petaling Jaya rata-rata terdiri daripada rumah-rumah banglo, rumah berkembar, rumah teres dan kondominium. Rumah-rumah ibadat juga berselerak seperti masjid, kuil, tokong dan gereja. Sekolah-sekolah, taman rekreasi, pasar dan stesen bas juga bertaburan di sekitarnya. Kilang-kilang khasnya tertumpu di Seksyen 51. Kawasan Petaling Jaya dihubungi oleh jaringan pengangkutan seperti landasan Komuter, LRT dan Jalan raya.

Peta Lakar Menunjukkan taburan guna tanah di Petaling Jaya ‘Old Town’

Contoh Jawapan Kerja Kursus Geografi PT3 2018

Kredit Imej : Andrewchoo

Kesan Guna Tanah Kawasan Perindustrian Seksyen 51 + 51A

a. Pencemaran

● Pencemaran air – Toksik-tosik dan bahan kimia seperti raksa atau minyak dialirkan ke dalam peparit dan longkang dan terusnya ke sungai. Akibatnya, air menjadi busuk, beracun dan menjejaskan hidupan air.

● Pencemaran bunyi – Bunyi bising jentera dan kerja kilang-kilang juga menghasilkan suasana ketidak-tenteraman serta gangguan emosi.

● Pencemaran udara

– Pelepasan asap , habuk menyebabkan kejadian jerebu. Karbon dioksida dan gas berasid pula menyebabkan kesan rumah hijau dan hujan asid.

– Pelepasan gas CFC juga menyebabkan penipisan lapisan ozon dan menjejaskan hidupan bumi dan alam sekitar.

b. Bencana kilang

– Kebakaran dan letupan kilang juga boleh berlaku dan menjejaskan kawasan sekitar.

– Bahan mentah dan bahan api yang meruap dan mudah terbakar kesemuanya berisiko tinggi.

– Contohnya, kebakaran kilang Colgate Palmolive yang berlaku pada 30 Mei 2015. Kebakaran ini boleh dilihat sehingga sejauh 5 kilometer.

c. Kesesakan lalu-lintas

– Kenderaan seperti lori pengangkut dan kereta para pekerja yang berulang-alik meningkatkan kesesakan lalu-lintas terutamanya pada waktu puncak di sepanjang Jalan Tandang sehingga ke lebuh raya Persekutuan. Ini secara tidak langsung turut menyumbang kepada tahap pencemaran bunyi dan udara.

Cadangan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah kawasan perindustrian Seksyen 51+51A, Petaling Jaya

1. Masalah Pencemaran

Pihak berkuasa melalui penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Kualiti dan Alam Sekeliling 1974 boleh melaksanakan hukuman denda, saman atau membatalkan lesen operasi kilang yang mencemarkan alam sekitar. Pihak berkuasa juga boleh memastikan kilang mengambil langkah-langkah pencegahan seperti ;

a. Memasang penapis udara pada cerobong untuk mengurangkan pencemaran udara

b. Merawat sisa buangan sebelum dialirkan ke sungai untuk mencegah pencemaran air.

c. Menyediakan tong-tong khas untuk simpanan sisi toksik

Pihak NGO dan kerajaan boleh melancarkan kempen-kempen kessedaran seperti:

a. Menjalankan proses kitar semula untuk mengurangkan sam[ah

b. Mengharamkan kebakaran terbuka untuk mengurangkan pencmaran udara

c. Menjaga kebersihan alam sekitar supaya cantik mata memandang.

2. Bencana Kilang

Langkah terdesak untuk mengatasi bencana kilang adalah kilang-kilang yang berisiko kebakaran tinggi dipindahkan ke kawasan yang jauhdari kawasan perumahan. Pihak berkuasa perlu memastikan kilang dibina mengikut peraturan keselamatan. Kilang-kilang perlu dilengkapi dengan alat pemadam api, penyembur air dan tekanan air sentiasa mencukupi untuk menghadapi sebarang kebakaran. Pihak bomba perlu sentiasa menjalankan pemantauan keselamatan terhadap kilang-kilang.

3. Kesesakan Lalu-lintas

Terdapat dua langkah utama untuk mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas iaitu langkah jangka pendek dan jangka panjang.

a. Langkah jangka pendek adalah seperti menukarkan jalan dua hala kepada sehala. Menggunakan polis trafik untuk mengawal lalu-lintas pada waktu puncak.

b. Langkah jangka panjang adalah seperti melebarkan jalan sempit, menukarkan bulatan kepada lampu isyarat, membina jejantas atau laluan pintas.

Peringatan : Contoh tugasan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar membuat tugasan sendiri. Pelajar tidak dibenarkan melakukan plagiat. Pelajar harus menghasilkan tugasan dengan usaha sendiri dan tidak meniru secara bulat-bulat. Sumber rujukan yang dipetik perlu dinyatakan. Pelajar hanya perlu mengolah semula maklumat dengan ayat sendiri.

INFO BERKAITAN :

● Jadual Waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2020

● Contoh Kerangka Kasar Geografi PT3 2020

● Contoh Kaedah Kajian Kerja Kursus Geografi PT3 2020

Contoh Objektif Kajian Geografi PT3 2020

Contoh Peta Lakar Kerja Kursus Geografi

Contoh Rumusan Geografi PT3 2020

Selamat menghadapi peperiksaan PT3 dan moga mendapat keputusan yang cemerlang.

Sumber : Andrewchoo

Leave a Reply