Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2025 Online (Semua Sesi). Nak semak keputusan TVETMARA? Panduan buat pelajar yang telah membuat permohonan KKTM, IKM dan MJII ambilan 2025. Untuk makluman, permohonan kemasukan ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) & Institut Kemahiran MARA (IKM) akan dibuka sebanyak 4 kali setahun iaitu Sesi Januari, Mei, Julai dan Oktober. Bagi calon yang telah membuat permohonan boleh menyemak tawaran IKM KKTM MJII sesi Julai 2024 bermula daripada 1 Julai 2024 menerusi portal www.tvetmara.edu.my.
Semakan Keputusan KKTM MJII IKM 2025 Online (Semua Sesi)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan KKTM IKM MJII termasuk memaparkan tarikh dan aplikasi semakan :
Tarikh Keputusan KKTM IKM MJII 2025
Sesi Julai 2024
● Tarikh semakan: 1 Julai 2024
Sesi Januari 2025
● Tarikh semakan: –
Syarat Kemasukan KKTM IKM MJII 2024
Antara syarat-syarat kemasukan IPMA ke KKTM IKM dan MJII adalah seperti berikut :
A. Program Sijil
1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
B. Program Diploma
1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)
Cara Semak Keputusan KKTM MJII IKM Online
Keputusan kemasukan ke KKTM MJII IKM boleh dibuat secara atas talian menerusi laman web https://www.tvetmara.edu.my/
Sekiranya keputusan permohonan tidak berjaya, anda masih berpeluang untuk memohon dengan membuat rayuan.
Sebarang pertanyaan kemasukan IPMA, sila hubungi :
Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
No. Tel: 03 2613 4258
No. Faks: 03 26914510
Emel: info@tvetmara.edu.my
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke Institusi Pendidikan Mara sesi 2025.