Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari NADMA (Borang). Nak mohon bantuan kewangan? Negara kini dilanda dengan penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang telah mengancam nyawa rakyat Malaysia. Rata-rata pekerja mula terjejas dengan penularan wabak pandemik ini sehinggakan ada yang kehilangan punca rezeki. Tahukah anda selain bantuan RM600, kerajaan turut menawarkan bantuan khas COVID-19 sebanyak RM100 sehari bagi mereka yang berkelayakan. Menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bantuan ini hanya untuk mereka yang kehilangan sumber pendapatan atau gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Permohonan ini boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman web rasmi NADMA.
Tabung COVID-19 telah dilancarkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara untuk membantu mereka yang telah dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk merawat Covid-19 penularan COVID-19 di Malaysia.
Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari NADMA (Borang)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Bantuan Khas COVID-19 NADMA termasuk memaparkan syarat kelayakan dan borang permohonan :
Selain bantuan khas RM100 ini, kerajaan turut memperkenalkan inisiatif baharu iaitu Bantuan Prihatin Nasional khas buat golongan berpendapatan rendah B40 dan M40.
Syarat Kelayakan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari NADMA
a. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)
b. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital akibat COVID- 19
JUMLAH BANTUAN
Bantuan akan diberikan sejumlah RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 (NADMA)
a. Bagi anda yang berkelayakan sila muat turun dokumen-dokumen yang diperlukan seperti di bawah menerusi laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19
- Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
- Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
- Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank
b. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan hantar melalui pos ke NADMA di alamat:-
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)
Nota : Bayaran bantuan khas COVID-19 akan dibuat menggunakan Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh masa 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
a. Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
b. Salinan Kad Pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
c. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM.
b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19 (warded)
Sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk merawat Covid-19.
d. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B (Dokumen Asal)
e. Salinan Penyata Bank atau muka depan buku akaun. (Salinan Diakui Sah)
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kerajaan Persekutuan & Negeri (COVID-19)
Penafian : Laman web ini hanya kongsikan informasi ini dan tidak akan bertanggungjawab sebarang kehilangan daripada pengunjung.
Selamat Petang Tuan/Puan,
Izinkan saya tahu lebih lanjuk kelayakan memohon NADMA Bantuan Khas COVID-19 bagi potongan gaji sepanjang hari dalam Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Kontact COVID-19.
Bolehkah memohon melalui Email dan kelayakannya ialah “jika majikan tidak membayar gaji dalam masa perintah pengawasan” ATAU ada syarat syarat yang tertentu bagi pemohonan ini?
Penjelasan dari pihak tuan/puan amatlah dihargai. Semoga dapat maklumat lanjuk secepat mungkin dari pihak tuan/puan. Terima Kasih.
Sekian,
Jen
019-7271464
nak print kat mana..kedai semua tutup..nama lagi miskin kat rumah xde printer..
Ni nak beri bantuan ke nk bt tambah kusut,,borang nak Kene print,nak penyata akaun, dah tu nk Kene pos borang,,,,KLUAR rumah x blh,nk print borang kat mana,,nk dptkan penyata akaun,yg bt syarat ni otaknya fungsi ke tidak..mana ada kedai ke bank ke pejabat pos ke yg oren. KLUAR umah pun x blh…. Tlg pikir guna otak ckit ok kpd pihak2 yg trtentu
SEMUA BERJALAN LANCAR AKAN KEBERKATAN MEMBAWA BERKAT .
Assalamualaikum saya pun susah selesai post surat permohonan NADMA saya pada siang tadi,… Arap atas kekurangan diri saya dapat mohon akan di betul kan lagi,supaya saya dapat meringankan sikit beban untuk keluarga saya,gaji saya bulan ini sangat berkurang cuti 3 hari terpaksa mejanani kuarintin dan menjejaskan kerja saya,….tidak dapat di elakkan hanya saya berharap permohonan saya di terima untuk kelulusan amin…