Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2023/2024 Online. Bilakah tarikh semakan keputusan Matrikulasi? Perhatian buat calon yang telah membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ambilan baharu sesi 2023. Untuk makluman menerusi portal Kementerian Pendidikan Malaysia, keputusan program Matrikulasi KPM ambilan 2023/2024 boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi Aplikasi Permohonan Program Matrikulasi. Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh disemak pada 26 Jun 2023 mulai jam 2.00 petang.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2023/2024 KPM Online
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan tawaran Matrikulasi termasuk memaparkan tarikh semakan dan aplikasi online :
Tarikh Semakan: 26 Jun 2023
Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan pra-universiti bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian sebelum ke peringkat Ijazah Pertama. Program Matrikulasi dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Semak Tawaran Matrikulasi Online
A. Semakan Matrikulasi Online
○ Keputusan Matrikulasi boleh disemak secara online melalui laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/system/index.cfm
B. Semakan Matrikulasi Melalui SMS
○ Taipkan : MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan SMS ke 15888
○ Contoh : MOE MAT 940668076549 dan SMS ke 15888
C. Semakan Matrikulasi Melalui Telefon
Talian telefon pejabat 03-88844083 pada waktu pejabat bermula 8:30 pagi sehingga 4:30 petang
Permohonan Rayuan Kemasukan Program Matrikulasi 2023/24
Permohonan rayuan kemasukan Matrikulasi bagi sesi 2023/2024 boleh dibuat bermula daripada 26 Jun hingga 7 Julai 2023.
Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042/4098.
BACA JUGA :