Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online (Program Khazanah Watan). Panduan buat pelajar lepasan SPM tahun 2022 atau lepasan Sijil Tinggi Pengajian Malaysia (STPM) yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam. Untuk makluman, Yayasan Khazanah mempelawa kepada pelajar yang mempunyai akademik baik dan aktif kokurikulum untuk memohon biasiswa Khazanah Watan bagi mengikuti pengajian tahun 2023. Permohonan ini boleh dibuat secara online di laman web rasmi Yayasan Khazanah selepas iklan tawaran dikeluarkan.

Biasiswa Khazanah Watan adalah anugerah berprestij yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang berbakat dan berprestasi tinggi untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan Pascasiswazah di universiti tempatan terpilih. Selain itu, Yayasan Khazanah turut menawarkan beberapa jenis biasiswa lain antaranya iaitu Khazanah – Cambridge Scholarship Programme, Khazanah Global Scholarship, Khazanah Asia Scholarship Programme dan Chevening-Khazanah Scholarship.
Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah 2023 Online (Program Khazanah Watan)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Biasiswa Khazanah Watan termasuk memaparkan tarikh, syarat kelayakan, bidang pengajian dan cara permohonan :
Tarikh Permohonan : 1 Jun – 15 Jun 2023
Senarai Bidang Pengajian Ditawarkan
Keutamaan diberikan kepada mereka yang memohon kursus seperti berikut:
a. Perakaunan
b. Ekonomi
c. Kewangan dan Pelaburan
d. Dasar Awam dan Sains Politik
Syarat Kelayakan Biasiswa Yayasan Khazanah Watan
Antara syarat-syarat am biasiswa Khazanah Watan seperti berikut :
A. Tahap Pengajian Asasi
i. Mendapat sekurang-kurangnya 8A (kombinasi A + dan A) dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia terkini atau sekurang-kurangnya 8A dalam IGCSE terkini.
ii. Mendapat A atau A + dalam subjek teras berikut: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik.
iii. Tidak melebihi 18 tahun pada tarikh pendaftaran bagi program pengajian asasi.
iv. Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian atau kini dalam semester pertama.
B. Tahap Pengajian Sarjana Muda
i. Menerima tawaran kemasukan untuk melanjutkan pengajian (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan) atau kini dalam tahun pertama program Sarjana Muda di mana-mana universiti yang diluluskan oleh Yayasan Khazanah.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya 3A untuk STPM atau “Jayyid Jidan” untuk STAM atau 3A untuk Program A-Level GCE atau PNGK 3.50 / 4.00 untuk Program Pra-universiti atau Diploma atau asasi atau Matrikulasi atau 35 mata untuk Program Diploma Antarabangsa Baccalaureate (IB)
iii. Sekurang-kurangnya CGPA 3.50 / 4.00 dalam peperiksaan semester bagi mereka yang sedang melanjutkan pengajian di tahun pertama Program Ijazah Sarjana Muda di mana-mana senarai universiti yang diluluskan.
iv. Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda.
C. Tahap Pengajian Ijazah Sarjana (Master)
i. Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian di universiti terkenal di Malaysia (tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan).
ii. Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
iii. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk ijazah Sarjana.
D. Tahap Lengajian Sarjana Kedoktoran (PhD)
i. Menerima tawaran kemasukan untuk mengikuti pengajian atau kini dalam tahun pertama program Ijazah Kedoktoran di universiti terpilih di Malaysia. (Tawaran bersyarat boleh dipertimbangkan).
iii. Memperoleh Ijazah Sarjana dengan perbezaan atau sekurang-kurangnya PNGK 3.50 / 4.00 atau ‘gred purata’ atau laporan pemeriksa yang cemerlang jika Ijazah Sarjana adalah melalui penyelidikan.
iii. Mendapat sekurang-kurangnya Kelas Kedua atas (UK dan Australia University) atau di mana terdapat sistem mata, memperoleh PNGK minimum 3.50 untuk Ijazah Sarjana Muda.
iv. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh pendaftaran untuk program Doktor.

Cara Permohonan Biasiswa Yayasan Khazanah Online
Permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman web https://www.yayasankhazanah.com.my/scholarship-programmes/khazanah-watan-scholarship-programme.
Nota : Semua komunikasi akan dilakukan melalui e-mel. Sila pastikan e-mel yang diberikan adalah betul dan aktif. Yayasan Khazanah tidak akan menjawab panggilan yang berkenaan dengan status aplikasi.
Semakan Keputusan Biasiswa Khazanah Watan 2023
Keputusan permohonan akan dimaklumkan menerusi emel atau laman web www.yayasankhazanah.com.my.
Sebarang pertanyaan tentang biasiswa ini boleh merujuk seperti berikut ;
Yayasan Khazanah
Level 27, Mercu UEM
Jalan Stesen Sentral 5
Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Malaysia
No. Tel: +603 – 58704333
Email: yk@yayasankhazanah.com.my
BACA JUGA : Senarai Bantuan Kewangan Pelajar IPT