Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026 (Tingkatan 1)

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026 (Tingkatan 1). Panduan buat pelajar Tahun Enam yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia (SSM) ambilan 2026 bagi kemasukan ke Tingkatan Satu. Untuk makluman, semakan permohonan kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2026 diumumkan pada 22 Disember 2025 hingga 9 Januari 2026. Keputusan kemasukan Sekolah Seni Malaysia boleh dibuat menerusi atas talian (online) di sistem eSSEM.

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2026 (Tingkatan 1)

Semakan Keputusan Sekolah Seni Malaysia 2025 (Tingkatan 1)

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan Sekolah Seni Malaysia termasuk memaparkan tarikh semakan dan serlahan seni serta aplikasi semakan :

Sekolah Seni Malaysia ditubuhkan bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak-anak muda Malaysia untuk berkarya dalam bidang seni dan tidak hanya bergantung kepada kerjaya tertentu. Kini, terdapat 4 bidang pengajian di Sekolah Seni Malaysia bagi menengah rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) iaitu Muzik, Seni Visual, Tari & Teater. Manakala, 6 bidang pengkhususan bagi murid di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 & 5) iaitu, Muzik, Seni Halus, Reka Bentuk, Komunikasi Visual, Tari dan Teater.

Syarat Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2026

Antara syarat-syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Calon mesti daripada sekolah kerajaan, bantuan penuh kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian (Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Sihat tubuh badan

Cara Semak Keputusan Sekolah Seni Malaysia Online

Semakan tawaran kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2026 bagi Tingkatan 1 boleh disemak secara dalam talian (online) di laman web https://essem.moe.gov.my/semak_tawaran.cfm

Cara Permohonan Rayuan Sekolah Seni Malaysia 2026

Bagi yang gagal mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan Sekolah Seni Malaysia setelah keputusan diumumkan secara rasmi.

Sebarang pertanyaan berkaitan kemasukan Sekolah Seni Malaysia, sila hubungi:

Dr. Mohd Azly bin Zakaria
Tel : 03-88841012

Atau emelkan pertanyaan ke mohonssem@moe.gov.my

Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia ambilan 2026.

Sumber : MOE

Leave a Reply