Semakan Keputusan STPM Semester 3 2024 Online & SMS. Panduan buat anda calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan STPM 2024 bagi Semester 3. Untuk makluman menerusi Lembaga Peperiksaan Malaysia, calon boleh semak keputusan Semester 3 STPM 2023 boleh disemak pada 3 Julai 2024. Semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian (online) dan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS). Calon-calon boleh dapatkan slip keputusan peperiksaan semester 3 STPM tahun 2023 di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon Persendirian akan memperolehinya daripada Pejabat Pos.

Semakan Keputusan STPM Semester 3 2024 Online & SMS
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang semakan keputusan STPM termasuk memaparkan tarikh penting dan aplikasi semakan :
○ Semester 3 STPM 2023: 3 JULAI 2024

Cara Semak Keputusan Semester 3 STPM
A. Secara Online
- Untuk buat semakan keputusan, anda boleh layari ke aplikasi online di pautan https://stpm.mpm.edu.my/STPM_RESULTS3/
- Masukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran calon dan klik butang Hantar.
- Keputusan peperiksaan akan dipaparkan dan anda boleh mencetak slip keputusan masing-masing.
Nota : Keputusan peperiksaan semester sahaja tidak boleh digunakan bagi tujuan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi dan tidak layak untuk menerima sebarang kemudahan yang dikeluarkan kepada pemegang Sijil STPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
B. Menerusi SMS
Selain aplikasi online, calon juga boleh membuat semakan keputusan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 3 Julai 2024 adalah seperti berikut :
○ Taip : STPM RESULTS3 No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888.
○ Contoh : STPM RESULTS3 960152265781 dan SMS ke 15888.
Nota : Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan setiap penghantaran manakala 20 sen dikenakan untuk penerimaan SMS.
Cara Rayuan Semak Semula Semester 3 STPM 2024
Calon boleh membuat rayuan semak semula Semester 3 STPM 2023 secara online di http://online.mpm.edu.my mulai 3 Julai hingga 8 Julai 2024.
Sebarang keterangan lanjut sila emel ke stpm@mpm.edu.my.
Tahniah kepada anda yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM tahun 2023.
BACA JUGA: Pendaftaran Peperiksaan Ulangan STPM