Semakan Keputusan Tawaran SBP 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Online. Bilakah tarikh keputusan dan tawaran penempatan SBP tahun 2021? Panduan buat pelajar UPSR dan PT3 yang membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2021. Untuk makluman, keputusan SBP akan diumumkan pada bulan Januari 2021. Semakan tawaran kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web rasmi KPM. Manakala, bagi calon yang gagal mendapat tawaran kemasukan ke SBP boleh mengemukakan permohonan rayuan SBP 2021 yang akan dibuka sejurus keputusan tawaran diumumkan.

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Pada asalnya ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Tetapi, kini Sekolah Berasrama Penuh terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2021 Tingkatan 1 Dan 4 Online

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang keputusan tawaran SBP termasuk memaparkan tarikh, aplikasi semakan dan permohonan rayuan :

Tarikh Semakan : akan dikemaskini

Cara Semak Keputusan SBP Tingkatan 1 Dan 4 2021

Keputusan tawaran kemasukan Tingkatan 1 dan 4 ke Sekolah Berasrama Penuh ambilan 2021 boleh disemak secara online melalui laman web KPM.

Nota: Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran.

Cara Permohonan Rayuan SBP 2021 Online

Calon yang gagal mendapat tawaran penempatan kemasukan ke SBP ambilan 2021, anda boleh mengemukakan rayuan pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama. Tawaran kemasukan bergantung kepada kekosongan pelajar.

  1. Masuk ke laman sesawang: https://www.moe.gov.my/
  2. Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
  3. Masukkan angka giliran UPSR atau PT3.
  4. Klik pada e-rayuan.
  5. Klik butang Hantar.

Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web KPM diĀ http://www.moe.gov.my.

BACA JUGA :

Leave a Reply