Permohonan SBP Tingkatan 1 2025/2026 Online (spskt1.moe.gov.my). Berminat melanjutkan pengajian ke Sekolah Berasrama Penuh? Panduan buat murid Tahun Enam yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun 2025. Untuk makluman, permohonan murid kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP KPM tahun 2025/2026 dibuka bermula daripada 1 Ogos hingga 8 September 2024. Permohonan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web https://spskt1.moe.gov.my. Bagi kemasukan MRSM untuk pelajar Tingkatan 1 pula akan dibuka pada sekitar bulan Ogos/ September 2024.

Permohonan SBP Tingkatan 1 2025/2026 Online (spskt1.moe.gov.my)
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang permohonan Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan Tingkatan Satu termasuk memaparkan syarat kelayakan, aplikasi permohonan dan semakan tawaran :
Sekolah Berasrama Penuh atau ringkasnya SBP adalah merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Sekolah ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.
Tarikh Penting Kemasukan SBP 2025
- Permohonan On-line: 1 Ogos – 8 September 2024
- Semakan Pusat PKSK: –
- Pelaksanaan PKSK: –
- Keputusan tawaran: 31 Januari 2025
- Rayuan: 31 Januari – 18 Februari 2025
- Pendaftaran pelajar: 18 Februari 2025
Syarat Umum Permohonan SBP Tingkatan 1
Antara syarat-syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh tahun 2025 bagi murid tingkatan satu :
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Didaftarkan dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
- Murid cemerlang akademik
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
NOTA: Untuk kemasukan ke SBP KBT (TMUA), calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga.
Aliran Matapelajaran SBP Tingkatan 1
Berikut adalah mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan 1 SBP :

Cara Permohonan Sekolah Berasrama Penuh 2025 Online
Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh boleh dibuat secara online melalui laman web https://spskt1.moe.gov.my/

Semakan Keputusan Kemasukan SBP Tingkatan 1 2025
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan pada bulan Januari 2025. Semakan boleh dibuat melalui laman sesawang KPM atau menerusi talian hotline BPSBP 03 83217400.
Bagi yang gagal, e-Rayuan dibuka pada tarikh pengumuman tawaran ke SBP ambilan pertama.
NOTA:
i. Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan.
ii. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran.
iii. Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan.
Sebarang keterangan lanjut, sila layari ke laman web KPM https://www.moe.gov.my/
BACA JUGA: